Cantik

Top 11 Atlet Jelita Olimpik Paris 2024, Yang No.5 Itu Bikin Hati Cair Bila Pandang!

39
SHARES
atlet wanita cantik

Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan penyertaan lebih 10,000 atlet. Di mana, temasya kali ini turut menarik perhatian dengan kehadiran atlet wanita cantik dan rupawan.

Berikut adalah 11 atlet wanita yang berjaya menjadi sorotan lensa media dan mencuri tumpuan masyarakat dunia kerana kecantikan mereka.

Baca juga: Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!

ATLET WANITA CANTIK OLIMPIK PARIS 2024

1. Pearly Tan – Badminton (Malaysia)

atlet wanita cantik

Gambar: Pearly Tan

Mukadimah dimulakan dengan atlet kebanggaan rakyat Malaysia dalam sukan badminton iaitu Pearly Tan yang memiliki senyuman cantik.

Beliau kini berusia 24 tahun, telah menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013. Pearly merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018.

Kemudiannya, berjaya mengharumkan nama negara dengan kelayakan ke suku akhir ketika Olimpik Paris 2024.

2. Sarah Chaari – Taekwondo (Belgium)

atlet wanita cantik

Gambar: Sarah Chaari

Baru-baru ini, Sarah Shaari telah mencipta sejarah di Olimpik Paris 2024 dengan menjadi wanita Islam pertama dari Eropah memenangi pingat Olimpik.

Wanita cantik ini telah memenangi pingat gangsa dalam kategori bawah 67kg wanita, menewaskan pemain Uzbekistan, pada usianya 19 tahun.

Sebelum ini, beliau menjuarai Kejohanan Taekwondo Dunia dalam kelas ringan pada 2022 pada usianya 17 tahun.

3. Gabby Thomas – Trek & padang (Amerika Syarikat)

Olimpik Paris 2024

Gambar: Gabby Thomas

Gabrielle Lisa “Gabby” Thomas, yang sering dipuji sebagai salah seorang Olympian terhangat, terus memukau di atas trek. Beliau yang merupakan graduan Harvard dalam bidang neurobiologi.

Baru-baru ini, beliau merangkul pingat emas dalam perlumbaan 200 meter wanita di Olimpik Paris 2024, mempamerkan penguasaan dan kepantasannya.

Kemenangan ini menambah rekod prestasinya yang mengagumkan, termasuk gangsa dalam perlumbaan 200 meter dan perak dalam acara lari berganti-ganti 4×100 meter dari Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Baca juga: Kenali 10 Ciri WANITA MATANG, Paling Penting Tak Ada Perangai Kuat ‘Bitter’!

4. Yana Egorian – Lawan pedang (Rusia)

Olimpik Paris 2024

Gambar: Yana Egorian

Yana Egorian muncul sebagai pemenang di Sukan Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas dalam kedua-dua acara individu dan berpasukan untuk wanita.

Ekoran, Rusia dan Belarus dilarang bertanding kerana perang Ukraine, tetapi atlet dari negara berkenaan dibenarkan bertanding sebagai ‘Atlet Neutral Individu’ di temasya Olimpik 2024.

5. Lieke Klaver – Trek & Padang (Belanda)

Olimpik Paris 2024

Gambar: Lieke Klaver

Berusia 25 tahun, si jelita Lieke Klaver memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter campuran.

Selain mewakili Belanda di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Klaver memperoleh tujuh pingat utama sebagai ahli pasukan lari berganti-ganti 4×400 m Belanda.

Atlet jelita yang mempunyai lesung pipit ini, telah menambah pingat individu pertamanya di Kejohanan Dalaman Eropah 2023 di Turkiye.

6. Alysha Newman – Lompat galah (Kanada)

Selepas membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Rio 2016, Alysha Newman mengumpul banyak anugerah sepanjang kerjayanya.

Di Sukan Olimpik Musim Panas 2024, beliau adalah pemenang pingat gangsa dan juara Sukan Komanwel 2018. Juga, memegang kedua-dua rekod Sukan Komanwel dan kebangsaan Kanada dalam lompat bergalah wanita.

Baca juga: 10 Pelakon Lelaki K-drama Paling ‘Famous’, Pengikut Instagram Pun Berjuta!

7. Molly Caudery – Lompat galah (United Kingdom)

Pada awal tahun ini, Molly Caudery, 24, telah memenangi kejohanan dunia tertutup dengan lompatan 4.8 m pada acara di Glasgow. Lebih mengagumkan, beliau terus mencipta rekod dunia baharu dalam lompat bergalah.

Superstar itu melakukan lompatan melepasi ketinggian 4.92 m pada acara Toulouse Capitole Perche di Perancis, 22 Jun lalu yang mencipta rekod baharu Britain.

8. Sky Brown – Luncur papan selaju (Great Britain)

Olimpik 2024

Gambar: Sky Brown

Sky Brown bukan sahaja cantik di usia remajanya, malah menjadi pemenang pingat Olimpik termuda Britain. Ketika itu, beliau berusia 13 tahun apabila beliau memenangi pingat gangsa dengan persembahan sensasi dalam acara luncur papan selaju di Tokyo.

Beliau mengulangi pencapaian itu dengan memenangi gangsa buat kali kedua pada Sukan Olimpik Musim Panas 2024, ketika usianya menginjak 16 tahun.

Biarpun pada ketika itu, gadis cilik ini sedang mengalami kecederaan pada bahunya.

9. Alica Schmidt – Trek & Padang (Jerman)

Alica Schmid, 25, digelar sebagai Atlet Paling Seksi Dunia oleh pelbagai media.

Beliau melayakkan diri ke Olimpik Paris selepas beraksi cemerlang di World Athletics Relays di Bahamas, di mana dia membantu pasukan lari berganti-ganti 4×400 meter (m) campuran untuk membolehkannya meraih kemenangan.

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

10. Shino Matsuda – Luncur air (Jepun)

Bintang yang sedang meningkat naik dalam sukan luncur wanita, Shino Matsuda bukan sahaja hebat dalam acaranya tetapi rupanya yang menawan, mendapat perhatian sebagai salah seorang atlet Olimpik tercantik.

Dia meraih kemenangan besar pertamanya di Sukan Luncur Selancar Dunia 2019, memperoleh pingat emas untuk Jepun.

Namun, di Olimpik Paris kali ini tiada rezeki buatnya membawa balik pingat.

11. Daria Bilodid – Judo (Ukrain)

Daria Bilodid, pemain judo Ukraine yang luar biasa telah menjadi perhatian dengan kecantikannya yang mempesonakan dan kemahiran yang menggerunkan di atas tikar.

Walaupun pemain berusia 24 tahun itu tersingkir dari Sukan Olimpik Paris, dia telah memahat namanya sebagai pemenang pingat gangsa di Olimpik Tokyo. Malah, juara di Kejohanan Judo Eropah 2024 untuk wanita 57kg.

Baca juga: Netizen Bersependapat LELAKI Kelantan Paling Tampan & Kedah Pandai Melawak!

Sumber: Glam / Roya News / Harian Metro / The Guardian / Prestige Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×