Famili

Parut Di Dada Datuk Azizulhasni Awang Tanda Kekuatan, Sentiasa ‘Menang’ Di Hati Rakyat

23
SHARES
OLIMPIK PARIS 2024

Media baru-baru ini melaporkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tersingkir dalam pusingan pertama  acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Hal ini difahamkan kerana tindakan beliau memotong pacer dalam heat pertama pusingan awal acara keirin.

Baca juga: TOP 10 Universiti Terbaik Di Dunia, Adik-Adik Kena Simpan Impian Belajar Sini!

OLIMPIK PARIS 2024: AZIZULHASNI AWANG SENTIASA ‘MENANG’

OLIMPIK PARIS 2024

Walaupun tidak dapat meneruskan perlumbaan namun nama The pocket Rocketman tetap dikenang oleh masyarakat kerana sumbangannya pada Malaysia sebelum ini.

Mungkin tiada kalungan emas di leher Azizul di Olimpik Paris 2024, tetapi ada sesuatu yang lebih mendalam dan abadi terpahat di dadanya—sebuah simbol keberanian yang akan menjadi saksi sepanjang hayatnya.

Parut tersebut bukan sekadar tanda fizikal, ia adalah lambang kepada kesakitan, ketabahan, dan dedikasi luar biasa yang Azizulhasni telah tunjukkan sepanjang kariernya.

Pada tahun 2022, beliau disahkan menghidap penyakit jantung yang jarang ditemui, Anomalous Aortic Origin of a Coronary Artery (AAOCA), di mana saluran darah jantungnya bersambung dengan cara yang tidak normal.

Ini adalah satu keadaan yang serius, satu ancaman yang boleh menghentikan detik-detik jantungnya, terutamanya semasa aktiviti fizikal yang intensif seperti perlumbaan basikal.

Dengan nyawa di hujung tanduk, beliau terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka—sebuah langkah yang penuh risiko tetapi perlu untuk memperbetulkan masalah ini.

Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya, dan Azizulhasni tidak pernah berpaling ke belakang. Beliau pulih, bangkit, dan kembali ke sukan yang menjadi cinta sejatinya.

TIADA siapa, dengan sejarah perubatan yang serius dan parut pembedahan di dada, yang akan sanggup berjuang kembali di velodrome tetapi Azizul berani melakukannya.

Parut ini mengingatkan kita bahawa perjalanan menuju kejayaan penuh dengan duri dan ranjau. Kadang-kadang, meskipun kita telah memberikan segala-galanya, kejayaan masih sukar dicapai kerana faktor-faktor di luar kawalan, seperti yang berlaku baru-baru ini.

Kini, lebih daripada sebelumnya, inilah masa untuk kita sebagai rakyat Malaysia berdiri teguh bersama dan menyokong wira-wira kita di saat mereka berdepan kesukaran.

Azizulhasni telah memberikan yang terbaik untuk negara kita, dan walaupun emas tidak menjadi miliknya, parut di dadanya telah memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia

Baca juga: Susah Nak Cari Wang Kecil Untuk Anak Belanja Sekolah, Wanita Ini Gesa Buat Sistem ‘Cashless’

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×