Menerusi laman Facebook milik Nur Hafizah M Sobri, dia ada meluahkan mengenai sistem pembayaran di kantin sekolah anaknya di mana masih lagi menggunakan wang ringgit fizikal.
Jelasnya, sistem pembayaran seperti ini sudah tidak releven kerana ibu ayah sendiri tidak mempunyai wang kecil untuk diberikan kepada anak.
Baca juga: Cerita Kartun Popular Diubahsuai Akaun Tak Bertanggungjawab Selit Unsur L*cah, Awasi Anak!
TUKAR SISTEM BAYARAN DI KANTIN SEKOLAH GUNA ‘CASHLESS’
Jadi, menerusi luahan tersebut dia turut memberi cadangan agar pihak berwajib mewujudkan beberapa sistem lain tanpa perlu menggunakan cash.
“Boleh tak kantin sekolah upgrade sistem pembayaran? Sekarang semua nak cashless, dari touch n go ke ewallet mak bapak dah tak duit fizikal nak bagi dekat anak anak. Satu hal nak kena cari duit tukar malam-malam bila lupa cash dah habis untuk anak esoknya,” jelasnya.
Antara cadangan sistem pembayaran tanpa tunai adalah seperti di bawah:
1. Sistem kredit menggunakan kad pelajar
Pihak sekolah menyediakan satu kad dan ibu ayah boleh menambah wang dalam kad tersebut secara online. Bila nak bayar di kantin sekolah, hanya perlu memberi kad tersebut..
2. Guna sistem online pelajar
Dengan adanya sistem ini, ibu ayah hanya perlu topup melalui atas talian setiap bulan mengikut keperluaan anak. Murid hanya perlu memberitahu nama di makcik kantin sekolah untuk membuat pembayaran.
3. Bayaran secara sebulan
Kantin menyediakan menu untuk sebulan dan diberikan kepada pelajar untuk memilih. Setelah itu, bayaran dilakukan sekali sahaja untuk sebulan di sekolah.
Jelas Nor Hafizah lagi, dengan naik taraf sistem pembayaran di kantin sekolah seperti cadangan di atas, dapat mengelakkan masalah seperti:
- Anak hilang duit sebab cuai
- Kes kecurian duit dekat sekolah
- Kes terlebih kira
- Kes anak membazir duit beli makanan tak sepatutnya
- Anak tak cukup makan
Dia berharap agar pihak terlibat dapat mempertimbangkan cadangannya ini untuk memudahkan urusan anak di kantin sekolah.
Baca juga: Personaliti Anak Ikut Bulan Kelahiran, Katanya Lahir Ogos Pandai Bergaul?
Sumber: Facebook Nor Hafizah M Sobri