Famili

“Allah Pilih Saya Untuk Menyara Keluarga” – Isteri Harap Dapat Kembangkan Perniagaan Kuih Muih Tradisional

385
SHARES
KUIH MUIH TRADISIONAL 

Setiap orang sudah tentunya mempunyai impian yang ingin dikecapi dalam hidup. Begitu juga dengan Puan Siti Norzairina Marzuki di mana dia teringin untuk memajukan perniagaan kuih muih tradisional.

Zairina berasal dari Sungai Petani, Kedah, berusia 37 tahun sudah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata berusia dalam lingkungan 11 hingga 4 tahun.

Baca juga: Projek Mimpi: Bajet Rendah Bukan Penghalang Nak Buat Majlis Kahwin Grand, Bakal Pengantin Baca Tips Ini

WANITA INI NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN KUIH MUIH TRADISIONAL

KUIH MUIH TRADISIONAL 

Dia merupakan alumni UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pengurusan Makanan dan Ibu Zairina juga sebelum ini berniaga kuih muih tradisional.

Ini merupakan peluang keemasan untuk dirinya meneruskan perniagaan itu. Keinginan untuk melebarkan sayap perniagaan lebih membuak-buak apabila suaminya, Yuszairi bin Ismail diserang sawan secara tiba-tiba pada tahun 2019.

Hal ini menyebabkan suami tercinta tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa akibat sawan berpanjangan itu.

Selepas kejadian itu, Zairina mengambil keputusan untuk mula mengorak langkah baharu, di mana dia memulakan perniagaan kuih muih tradisional dan mini katering makanan melayu secara kecil-kecilan pada tahun 2021.

Walaupun ada kekurangan namun, Yuszairi tidak melepaskan peluang untuk membantu isterinya melakukan kerja-kerja ringan seperti membasuh peralatan memasak, membungkus kuih dan menimbang doh.

Walaupun agak sukar pada mulanya untuk menjadi ‘ketua keluarga’ namun ia bukan penghalang untuk mencari wang demi anak-anak. 

Dia memulakan perniagaannya seperti menjual popia sira, kuih kaswi, apam, donut susu, karipap, bihun goreng dan lain-lain. Sambutan yang luar biasa membuatkan dirinya kekal berusaha sehingga kini tanpa mengenal penat lelah.

KUIH MUIH TRADISIONAL 

Jadi, harapan Zairina menerusi kempen Projek Mimpi dari team Sirap Limau ini adalah ingin membeli peralatan yang lebih canggih untuk menjimatkan masa.

Antaranya adalah penguli tepung, heavy duty blender, mesin pemotong kentang, dapur stainless steel dan conventional oven untuk meringankan beban kerjanya di dapur ketika membuat kuih.

Dengan adanya mesin tersebut, tugasan seperti memotong, menguli dan membakar kuih akan jadi lebih cepat. Sekali gus, pengeluaran kuih juga dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

“Kami banyak terhutang budi dan wang ringgit dengan keluarga. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk bantu suami melunaskan segala budi dan hutang-piutang tersebut.

“Tambahan pula, anak-anak saya masih kecil dan bersekolah jadi banyak perbelanjaan yang perlu difikirkan demi menjamin masa depan mereka,” luahnya.

Baca juga: Projek Mimpi: Tempurung Kepala Suami Pecah, Isteri Nak Bantu Suami Dengan Beli Motosikal 3 Roda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×