Famili

Projek Mimpi: Tempurung Kepala Suami Pecah, Isteri Nak Bantu Suami Dengan Beli Motosikal 3 Roda

639
SHARES
MOTORSIKAL 3 RODA

“Saya teringin nak beli motosikal 3 roda untuk dia…”

Baru-baru ini team Sirap Limau ada mengadakan kempen Projek Mimpi di mana orang ramai diminta untuk berkongsi impian masing-masing dan berpeluang untuk memenangi wang tunai sejumlah RM5,000.

10 orang peserta sudah disenarai pendek dan antara yang berjaya memikat hati team kami adalah impian perkongsian Puan Robiah.

Baca juga: #ProjekMimpi: Dari Kerja Kilang Jadi Pilot, Kisah Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi Kehidupan

ISTERI TERINGIN NAK BELI MOTOSIKAL 3 RODA UNTUK SUAMI OKU

MOTOSIKAL 3 RODA

Ini kisahnya…

Puan Robiah atau lebih mesra disapa Ruby berusia 39 tahun. Dia bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai aksesori rumah yang terletak di Taiping, Perak.

Perkahwinan dia dan suaminya, Amran bin Osman dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 9 tahun dan 5 tahun. Amran bekerja di sebuah kilang arang dan itu merupakan sumber utama pendapatan mereka.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja, dia terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan seekor khinzir.

Insiden hitam yang terjadi pada tahun 2018 itu, menyebabkan hidup Amran bertukar sekelip mata apabila dia disahkan OKU oleh pegawai perubatan akibat kakinya tidak dapat bergerak dengan baik.

Kemalangan itu turut menyebabkan tempurung kepalanya pecah dan digantikan dengan tempurung besi.

MOTOSIKAL 3 RODA

Selama tiga tahun, Amran tidak dapat berjalan akibat insiden tersebut. Amran terpaksa duduk di rumah dan tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan disebabkan keadaan fizikalnya.

Bagaimanapun, kehidupan mereka semakin pulih dan kini dia sudah boleh membantu isterinya menguruskan rumah sementara Puan Robiah bekerja pada siang hari.

Walaupun semakin pulih dan boleh berjalan, Amran dinasihatkan oleh doktor agar berehat dan tidak perlu bekerja kerana kaki tidak begitu kuat.

Jadi, dengan kewujudan kempen Projek Mimpi ini, Puan Robiah dan suami berharap agar kehidupan mereka lebih bermakna. Hal ini demikian kerana, wang yang dimenangi boleh digunakan untuk membeli motosikal tiga roda dan sekali gus memudahkan kehidupan seharian mereka.

Dalam masa yang sama, dengan adanya motosikal 3 roda dia harapkan emosi suami tercinta semakin pulih dan mampu berdikari di masa hadapan.

Baca juga: #ProjekMimpi: Gadis Pemandu Lori Ada Degree, Bukti Wanita Boleh Buat Kerja Lelaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×