Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok mengenai video yang memaparkan seorang gadis menjadi pemandu lori jongket. Lebih mendapat perhatian apabila Nurul Farhana Mohd Khaiqhir, 25, merupakan graduan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan.
Baca juga: #ProjekMimpi: Dari Kerja Kilang Jadi Pilot, Kisah Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi Kehidupan
GADIS PEMANDU LORI VIRAL, RUPA-RUPANYA ADA DEGREE!
Video yang dikongsi itu mendapat tontonan sehingga 1 juta dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang teruja melihat kehandalannya.
Memetik laporan Harian Metro, Farhana mula bekerja sebagai pemandu lori sejak Mac lalu dan tidak sangka ia mendapat restu keluarga.
Jelasnya, dia sebelum ini bekerja sebagai kontraktor binaan tetapi ingin mencuba sesuatu yang baharu. Hal ini telah mendorong Farhana untuk menjadi drebar lori.
Selepas mendapat lesen, dia meneruskan usahanya dengan membeli lori dan menubuhkan syarikat sendiri. Jam 7 pagi Farhana sudah memulakan pekerjaannya sehingga lewat petang.
Antara cabaran yang dihadapi adalah untuk bersaing dengan lelaki kerana kerjaya sebagai pemandu lori biasanya dikendalikan oleh kaum Adam.
“Setakat ini semua berjalan lancar kerana kerja sendiri cuma cabarannya adalah nak bersaing dengan lelaki memandangkan kerjaya saya didominasi kaum Adam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, video yang dimuatnaik di TikTok itu pada mulanya hanya sekadar perkongsian di mana ingin membuktikan wanita juga boleh melakukan kerja-kerja lelaki.
“Selagi ada kudrat, saya akan bertahan dengan kerja ini dan bagi wanita yang ada minat sama, teruskan saja kerana kita lebih tahu kemampuan diri,” katanya.
VIDEO PENUH:
@nrulfrhana terima kasih makcik sbab perlekehkan saya . jadilah perempuan yg educated + multitasking + independent . Mampu berdiri diatas kaki sendiri !! . bersusah payah menuntut ilmu merupaka satu jihat . menuntut ilmu itu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk memberi manfaat kpd orng lain . . At least sy bukan tin kosong 🤷🏼♀️ #ladiestruck #loritipper #loritipperkelantan
Sumber: Harian Metro