Famili

#ProjekMimpi: Wanita Ini Dari Kecil Ada Impian Nak Travel Satu Malaysia Tapi ‘Versi Rahmah’

24
SHARES
TRAVEL SATU MALAYSIA

Impian finalis Kempen Projek Mimpi kali ini adalah ingin travel satu Malaysia tetapi versi rahmah dan jimat. Puan Nuratilawati atau mesra disapa Ila, berusia 45 tahun menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ila sudah berkahwin dan bekerja sebagai pembantu guru selepas 10 tahun menjadi suri rumah. Perkahwinan dia dan suaminya, Kyairul Azmi, dikurniakan seorang cahaya mata berusia 16 tahun.

Baca juga: “Allah Pilih Saya Untuk Menyara Keluarga” – Isteri Harap Dapat Kembangkan Perniagaan Kuih Muih Tradisional

TERINGIN NAK TRAVEL SATU MALAYSIA TAPI VERSI RAHMAH

TRAVEL SATU MALAYSIA

Kisahnya bermula apabila dari kecil dia sudah menanam hasrat ingin meneroka negeri di Malaysia. Jelasnya, keindahan alam semula jadi seperti gunung-ganag, pantai dan laut mampu memberi ketenangan.

“Tempat-tempat ini memberi ketenangan buat saya. Saya suka tengok kehidupan orang lain sebab jalan kehidupan mereka boleh kita jadikan pedoman hidup,” ujarnya.

Negeri yang sudah dilawati oleh dia dan keluarganya adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagi luar negara pula, setakat ini Ila hanya pernah melancong ke Thailand. Jadi, impian seterusnya adalah ingin melancong ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan akhir sekali Sarawak.

Menurut Ila, travel satu Malaysia secara rahmah bermaksud dia akan melancong bersama keluarga dari negeri ke negeri menggunakan kereta sendiri sahaja.

TRAVEL SATU MALAYSIA

Selain itu, mereka juga akan memilih homestay berbanding hotel kerana harga lebih berpatutan dan boleh memasak berbanding di hotel.

Bajet anggaran keseluruhan adalah sebanyak RM1,000 untuk kos perjalanan, makan minum dan penginapan.

“Semuanya bergantung macam mana cara kita uruskan. Nak lagi jimat, guna kereta sendiri. Sewa homestay lagi murah berbanding di hotel,” ulasnya.

Akhir sekali, harapan Puan Ila sekiranya memenangi RM5,000 dari Kempen Projek Mimpi adalah dia ingin gunakan duit itu untuk mengembara di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Kalau beli barang mahal-mahal boleh rosak juga tetapi pengalaman yang saya dapat dari pengembaraan rahmah ini akan kekal saya ingat sampai bila-bila.

“Bila kita tengok kekurangan kehidupan orang lain, kita akan belajar bersyukur dengan kehidupan kita. Bila kita lihat kehebatan kehidupan orang lain, kita akan rasa betapa kecilnya kita di sisi Allah SWT. Semoga ada rezeki saya,” katanya.

Baca juga: Projek Mimpi: Tempurung Kepala Suami Pecah, Isteri Nak Bantu Suami Dengan Beli Motosikal 3 Roda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×