Famili

#ProjekMimpi: Lain Dari Yang Lain, Wanita Ini Simpan Impian Unik Jadi Penyanyi Genre Islamik

90
SHARES
penyanyi nasyid

Dalam kisah Projek Mimpi kali ini, kami berkongsikan pula impian seorang wanita yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi nasyid/kerohanian atau penyanyi bergenre Islamik. Agak unik kisah yang dikongsikan apabila dia memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi kerohanian sedangkan banyak lagi genre muzik yang lain.

Jadi, mari kita baca kisah yang dikongsikan oleh Puan Shima tentang impiannya untuk menjadi seorang penyanyi. Berjaya atau tidak?

Baca juga: #ProjekMimpi: Ulang Alik Jalan Kaki Hantar Anak Sekolah, Ibu Ini Teringin Nak Ada Motosikal Sendiri

IMPIAN JADI PENYANYI NASYID/KEROHANIAN

penyanyi nasyid

Berusia 30 tahun dan berasal jauh dari Semporna, Sabah, Puan Shima Sarabal merupakan anak keempat dari 10 orang adik-beradik. Sudah berkahwi pada 2012 dengan seorang tentera dan sekarang sudah bersara (tidak berpencen) mereka juga mempunyai 3 orang anak berumur 10,7,6 tahun. Untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki, sekarang Puan Shima hanya berniaga tudung secara online.

Bila ditanya mengenai bagaimana dirinya mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian walaupun secara kecil-kecilan, Puan Shima mengatakan bahawan dia minat menyanyi sejak sekolah menengah lagi dan sering mengikuti pertandingan-pertandungan nyanyian nasyid.

Minat menyanyi ini bertambah lagi dengan kemunculan penyanyi kerohanian & band dari negara jiran iaitu ‘Sabyan Gambus’ pada 2015/2016 yang menyampaikan lagu-lagu Islami. Inilah yang memupuk impian agar suatu hari nanti dia juga ingin menjadi penyanyi kerohanian seperti itu di Malaysia. Seiring waktu berjalan, dia hanya bernyanyi di tempatnya sendiri dan sekarang di Tik Tok menjadi platform untuk dia menyanyi serta berduet dengan band atau rakan-rakan lain di situ.

Menyedari diri bukanlah seorang penyanyi profesional, dia hanyalah insan biasa yang mahu belajar dalam menggapai impian ini. Di pekan kecil Semporna ini, sememangnya kumpulan band itu kurang sambutan dan jarang ada dan dia kadang-kadang hanya menyanyi di majlis-majlis kahwin,harijadi, pasar malam, dan media sosial (TikTok).

Kenapa memilih untuk menjadi penyanyi kerohanian? Menyanyi dalam genre lain juga diminati, seperti pop, rock. Tetapi bagi pendapat Puan Shima, masih kurang penyanyi bergenre kerohanian di Malaysia ini. Ada pun kumpulan nasyid, tetapi kurang menyerlah & seakan tenggelam di dalam industri muzik Malaysia. Menyanyikan lagu kerohanian ini bagi dirinya, ia menjadi sumber ilmu pengetahuan kerana setiap lagu pasti ada maknanya& setiapnya ada ilmu yang bermanfaat yang boleh didapati.

Menjadikan Penyanyi No.1 Malaysia, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin dan Maher Zain sebagai idola dalam bidang nyanyian, Puan Shima yang tidak mempunyai kemahiran serta latar belakang kelas vokal berharap dengan berkongsikan impian dalam Projek Mimpi ini dapat membuka peluang rezeki untuk dirinya.

PERNAH DIHINA OLEH AHLI KELUARGA..

@salsabila_charlie8493 #projekmimpi #siraplimauofficial #sabahan support sy guys dlm ‘projekmimpi’ ini…♥️♥️♥️ @Sirap Limau Official ♬ original sound – Salsabila Charlie

Memiliki suara yang boleh ‘dijual’, Puan Shima juga sering mendapat pujian dari segi tepukan penontin, mak, suami & anak-anak. Pernah juga rasa malu dan dihina oleh ahli keluarga yang lain kerana dikatakan nyanyian tidak merdu malah kawan-kawan berkata impiannya bagi mereka agak mustahil untuk dicapai. Yang paling menyedihkan, dia ditertawakan apabila memberitahu untuk menjadi seorang penyanyi kerohanian, sudah pasti rasa ‘down’ itu ada.

Sehinggalah ‘Projek Mimpi’ ini muncul di TV3 dan dia rasa ini merupakan masanya untuk berkongsi impian ini agar ada yang menyokong impiannya tersebut. Walaupun impian ini susah dicapai oleh orang biasa sepertinya, tapi tidak mustahil bila kita cuba& berusaha sampai jadi.. Kerana untuk berada di atas semua langkah kena bermula dari bawah.

Jika ditakdirkan Puan Shima betul-betul berjaya menjadi penyanyi kerohanian ini, sudah tentulah dia ingin membuat album sebagai tanda kejayaan yang selama ini diimpikan. Malah, jika impian tersebut disambut dengan kejayaan yang meriah, konsert kerohanian itu paling penting untuk dibuat sebagai tanda sudah menjadi penyanyi kerohanian yang berjaya! Ini boleh menarik minat orang ramai meminati lagu-lagu kerohanian, terutamanya dalam kalangan remaja zaman sekarang.

*Semoga berjaya diucapkan kepada Puan Shima ya! Diharapkan kalau berjaya menjadi seorang penyanyi kerohanian kelak, boleh mengeluarkan lagu-lagu kerohanian yang mendidik dan menenangkan jiwa..

Baca juga: #ProjekMimpi: Setiap Hari Bagi 50 Ekor Kucing Jalanan Makanan, Wanita Ini Ada ‘Hajat’ Besar

-Artikel ini adalah hasil temu bual bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau.-

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×