Dapur

Resepi Apam Pisang Kukus Paling Gebu & Sedap, Confirm Tak Ada Rasa Penaik!

76
SHARES
RESEPI APAM PISANG

“Mana nak cari resepi apam pisang, teringin pula…”

Apam pisang merupakan antara kuih kegemaran ramai tetapi kalau beli di luar pasti akan kecewa. Hal ini kerana kadang-kadang terlalu kuat rasa serbuk penaik sehingga tidak boleh dimakan.

Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan mencuba resepi apam pisang kukus perkongsian pengguna Facebook bernama Ezzattie Nasir. Gebu dan comel sangat!

Baca juga: Resepi Puding Thai Warna Warni, Lembut & Cair Di Mulut.. Confirm Anak Suka!

RESEPI APAM PISANG GEBU COMEL, SEDAP SANGAT!

RESEPI APAM PISANG

Bahan-bahan A:

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil serbuk koko

*Nota

– Saya tak perap adunan. Selepas siap buat terus isi dalam acuan dan kukus.

– Kalau tak ada mixer, guna blender pun boleh.

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan A di atas dan kacau sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan 1 cawan pisang yang dah dilenyek. Tak kisah pisang apa, berangan, emas atau campur pun boleh sahaja.

3. Sebatikan dalam 30 saat sahaja, jangan lebih supaya apam pisang nampak cantik berurat.

4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Pastikan semua bahan ini sudah diayak terlebih dahulu.

5. Guna kaedah kaup balik untuk sebatikan. Tak perlu guna mixer.

6. Sapu minyak pada acuan dan masukkan adunan 3/4 acuan sahaja. Jangan letak penuh, nanti senget.

7. Letakkan hirisan pisang nipis di bahagian atas dan kukus selama 15 hingga 20 minit menggunakan api sederhana.

Siap! InsyaAllah gebu dan sedap. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua.

Baca juga: Resepi Kek Carrot Kukus Guna Sukatan Cawan, Buat Comel-Comel Macam Ni Lagi Senang!

Sumber: Facebook Ezzattie Nasir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×