DIY & Kraf

Cara Bersihkan Penutup Lubang Bilik Air Yang Kotor, Sembur 1 Bahan Je!

4
SHARES
PENUTUP LUBANG BILIK AIR

Penutup lubang bilik air antara benda yang kotor dan kadang kala ia sukar dicuci. Kotoran degil yang melekat di situ menyebabkan kelihatan buruk dan menggelikan.

Jadi, bagi memastikan ia kekal bersih dan berkilat, anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Faten Khalilah di bawah ini. Mudah sangat!

Baca juga: Cara Paling Mudah Cuci Pelapik Dalam Kasut, Baru Kaki Tak Berbau Busuk!

PENUTUP LUBANG BILIK AIR KEMBALI BERKILAT, INI CARANYA

PENUTUP LUBANG BILIK AIR

Jelasnya, selama ini dia menggunakan pelbagai cara untuk menyental penutup lubang bilik air tetapi tidak berjaya dan masih lagi kotor.

Akhirnya dia jumpa jalan penyelesaian yang dikongsikan di Facebook iaitu dengan menggunakan semburan Magiclean.

“Selama ini saya dah guna macam-macam jenama pencuci nak sental toilet ni. Tetap juga tak menjadi. Kemudian, saya jumpa di Facebook orang guna penyembur Magiclean dan tak payah sental langsung,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sangat teruja dengan keberkesanan penyembur ini kerana tidak perlu menyental terlalu kuat untuk menghilangkan kotoran.

Hanya perlu sembur dan biarkan selama 5 minit. Kemudian, siram dengan air seperti biasa sehingga bersih. Sekiranya kotoran tidak hilang, anda boleh menyentalnya perlahan-lahan.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Ini Cara DIY Sabun Cuci Lantai, Sekali Mop Pasti Berkilat & Wangi!

Sumber: Facebook Faten Khalilah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×