Cantik

Rasa Diri Wanita Solehah, Tengok Ada Tak Ciri-Ciri Ini, Kalau Ada Alhamdulillah…

38
SHARES
ciri-ciri wanita solehah

Menjadi seorang wanita solehah, bukanlah suatu perkara yang mudah meskipun, ia dituntut dalam Islam. Ia memerlukan pelbagai proses dan harus kekal beristiqamah. Namun, tak dapat dinafikan kerana secara majoritinya, ciri-ciri wanita solehah merupakan syarat utama yang didambakan lelaki yang mencari bakal zaujahnya.

Wanita berakhlak mulia bukan sahaja untuk menjadi permata bernilai kepada diri sendiri dan bakal suami, malah ingin menjadi perhiasan dunia yang dipilih Allah SWT. Mari lihat ciri-ciri wanita solehah di bawah kategori sebelum nikah dan selepas menjadi isteri. Semoga bermanfaat buat wanita di luar sana.

Baca juga: Mak-Mak Elak Berkemban Depan Anak! Ini 9 Perkara Pendidikan Seksual Kena Mula Dari Rumah

TERUS KEKAL ISTIQAMAH UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH

ciri-ciri wanita solehah

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Berikut ini akan dipaparkan bagaimana ciri-ciri akhlak wanita yang solehah secara umum, sebelum dan sesudah menikah.

A. SEBELUM NIKAH

1. TIDAK MENDEDAHKAN AURAT KEPADA BUKAN MAHRAM

Ciri pertama adalah, wanita solehah tidak akan memperlihatkan auratnya pada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Dia tidak membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahramnya tersebut, bahkan hanya untuk bersalaman.

2. LEBIH MEMILIH PROSES TA’ARUF DARI BERPACARAN

Wanita solehah tidak mengenal istilah pacaran dalam memilih calon suaminya. Dia memilih proses ta’aruf karena memang lebih dianjurkan oleh agama dan dia tidak akan membiarkan dirinya berdua-duaan dengan lelaki.

3. TIDAK MEMBUKA PINTU HUBUNGAN DENGAN BUKAN MAHRAM

ciri-ciri wanita solehah

Wanita solehah tidak akan membuka hubungan khusus dengan lelaki, kecuali jika dia merasa dan mengetahui bahawa lelaki tersebut akan meminang dirinya. Hal ini dia lakukan untuk menjaga diri dan kehormatannya.

Dia juga memiliki kriteria utama untuk memilih calon suami, iaitu lelaki tersebut haruslah mengerti tentang aqidah dan kefahaman tentang islam dan juga memiliki akhlak yang baik.

4. MENJAGA BATAS PERGAULAN DENGAN LELAKI

Saat ada lelaki yang menyapanya, dia hanya menjawab salam dan tidak berbicara apa pun. Kecuali jika pembicaraan tersebut mengarah pada kebaikan.

Dia sangat menjaga pergaulannya, dia tidak ingin ada lelaki yang hanya akan mempermainkan perasaanya saja.

5. SANGAT MENJAGA HARGA DIRI

Wanita solehah sangat menjaga harga dirinya dihadapan lelaki, meskipun itu calon suaminya. Dia tidak akan meminta harta apapun dari calon suaminya tersebut, kecuali meminta calon suami untuk mempercepat proses pernikahan.

Hal ini bertujuan untuk menghindari adanya fitnah diantara mereka.

B. SAAT BERNIKAH & SESUDAH MENIKAH

ciri-ciri wanita solehah

1. TIDAK MEMINTA MAS KAHWIN YANG MEMBEBANKAN

Saat seorang lelaki meminangnya, dia tidaklah meminta mahar yang berlebihan. Bahkan, dia menerima mahar apa pun yang diberikan oleh calon suaminya yang sesuai dengan kesanggupan calon suaminya itu.

Hal ini sangatlah mulia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Wanita yang paling banyak berkahnya adalah mereka yang paling mudah maharnya”. (HR Ahmad dan Baihaqi)

2. SENTIASA MENDAHULUKAN KEPENTINGAN SUAMI

Ketika sudah menjadi seorang isteri, dia senantiasa mendahulukan kepentingan suaminya daripada kepentingan dirinya sendiri. Dia juga taat dan melayani perintah suaminya, selama perintah suaminya tersebut tidak bertentangan dengan syariat agama.

3. BERBICARA PENUH LEMAH LEMBUT KEPADA SUAMI

Wanita solehah akan sentiasa berbicara lemah lembut kepada suaminya. Ketika, suami mengeluh dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, memberikan semangat dan dorongan ketika suami mengalami kesedihan dan kegagalan.

Saat suami di rumah, dia selalu menjaga penampilannya untuk terlihat bersih dan cantik.

4. TIDAK MEMBIARKAN LELAKI LUAR MASUK RUMAH SAAT KETIADAAN SUAMI 

Saat suami tidak ada di rumah, dia tidak akan membiarkan lelaki yang tidak dikenali dan tidak disukai suaminya untuk masuk ke dalam rumahnya.

5. MENJAGA HARTA SUAMI SEBAIKNYA

Tugas lain yang harus dilakukan wanita solehah yang sudah menikah adalah menjaga harta suami. Dia harus pandai mengatur keuangan dalam rumah tangga dan tidak boros atau berlebihan dalam menggunakan harta suaminya itu.

Namun, dia juga tidak boleh memiliki sifat yang kedekut, hal ini sangat dianjurkan oleh agama.

6. MENGABDIKAN DIRI DENGAN IKHLAS & TULUS

ciri-ciri wanita solehah

Setiap pengabdian yang dia lakukan dengan ikhlas dan tulus kepada suaminya adalah pahala bagi wanita solehah. Misalnya, sentiasa menyediakan makanan yang disukai oleh suami dan menyiapkan keperluan dan kelengkapan suaminya.

7. SENTIASA BERSYUKUR

Wanita solehah sentiasa bersyukur atas nafkah yang diberikan suaminya, meskipun sedikit. Dia tidak akan meminta sesuatu yang melebihi kemampuan suaminya.

8. MELAYANI MERTUA DENGAN BAIK

Menghormati dan memperlakukan orang tua suami dengan baik, adalah sikap yang dimiliki seorang wanita solehah.

9. ISTERI BEKERJAYA MENJAGA PERGAULAN DI LUAR RUMAH

Buat wanita solehah yang bekerja, dia selalu menjaga pergaulannya di luar rumah. Dia sangat menghindari kegiatan yang kurang bermanfaat dan akan membawanya pada kemaksiatan dan tidak disenangi suaminya.

10. MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN BAIK & SABAR

Saat sudah memiliki anak, dia sentiasa mendidik anaknya dengan baik, sabar dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik yang boleh dicontohi anaknya.

Maka itulah, ciri-ciri akhlak dari wanita solehah. Semoga kalian bisa menjadi perhiasan dunia yang dipilih Allah dan untuk menjadi wanita solehah tersebut memerlukan proses serta harus istiqamah.

Sumber: Elida Tarihoran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×