Famili

“Pengantin Bukan Untuk Disidai…” Tinggalkan Budaya Majlis Kahwin Makan Belanja Besar

420
SHARES

Semua orang pasti mempunyai impian untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan. Tidak salah untuk pasang impian namun dalam masa yang sama perlu juga mengukur baju di badan sendiri.

Dalam keadaan ekonomi sekarang ini banyak kenaikan harga berlaku, nak buat majlis kahwin pun kena rangka betul-betul supaya tidak sampai berhutang dan membazir. Sebagaimana cadangan majlis perkahwinan yang tidak membebankan yang dikongsikan oleh Puan Normaliza Mahadi seorang Kaunselor Keluarga. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.

Baca juga: “Semua Negeri Ada Kan Bagus”- Pawagam Di Terengganu Letak Peringatan Berkelakuan Sopan

TINGGALKAN BUDAYA MAJLIS KAHWIN MAKAN BELANJA BESAR

POST INI BUKAN UNTUK DIBACA OLEH ORANG KAYA RAYA. POST INI UNTUK ORANG YANG BIASA MACAM SAYA.

Saya nak mencadangkan kepada semua keluarga di Malaysia ini supaya

1. MINTA MAS KAHWIN, TAK PAYAH DUIT HANTARAN

Gambar hiasan: eCentral

Tak payah mintak hantaran daripada bakal menantu tetapi meminta mas kahwin berdasarkan kemampuan.

Contohnya minta mas kahwin 30% daripada gaji bersih bakal menantu. Jadi makin banyak gaji bakal menantu makin banyak mas kahwin pengantin perempuan dapat.

2. JANGAN BUAT MAJLIS KAHWIN SAMPAI BERHUTANG

Gambar hiasan: PengantinBaru.com.my

Tak payahlah buat kenduri kahwin yang kena berhutang sana sini. Hentikanlah nak impress tetamu ni.

Kalau nak hidangkan mee goreng aje pun tak salah. Buat sambal udang kering. Minum pulak dengan air sirap limau. Perghhhh… sedap makcik. Memang makan tambah pinggan.

Nak meehoon goreng pun ok. Kalau nak buat nasi campur dengan sup ayam dan sambal belacan pun ok. Nasi beriani lah, nasi minyaklah kebanyakkannya tetamu yang datang tu semua dah biasa makan.

3. TINGGALKAN BUDAYA ‘DOOR GIFT’

Gambar hiasan: ShopeeMY

Tolonglah tinggalkan budaya bagi door gift ni.

Tetamu ni tinggalkan dalam kereta aje door gift tu. Bila depa basuh kereta, abang Bangladeshi tu buang aje. Menyemak.

4. TINGGALKAN BUDAYA BERSANDING

Gambar hiasan: Pinterest

Boleh dah kita tinggalkan budaya bersanding yang memakan belanja yang besar ni. Pengantin bukan untuk disidai kepada orang ramai.

Cukuplah pengantin mengenakan baju yang senonoh, bersih, sedap mata memandang untuk bergambar kenangan untuk keluarga terdekat sahaja.

by Normaliza Mahadi.

Kepada yang masih berkeras mahukan perkahwinan yang gilang gemilang tetapi berhutang atau menyusahkan orang, SILAKAN. Atau kepada yang sangat takut apa orang kata, maka anda tak termasuk dalam cadangan saya. Sekian.

“TAK PAYAH LA BRIDESMAID, BUKAN BUDAYA KITA…” – NETIZEN

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan maklum balas yang sangat positif. Mereka bersetuju dengan cadangan yang berunsurkan nasihat daripada Puan Normaliza Mahadi.

Ada juga yang berkongsi pandangan supaya budaya pengiring pengantin atau ‘bridesmaid’ juga perlu ditinggalkan.

Malah, ada yang menyatakan pemberian doorgift dalam bentuk barangan keperluan lebih disukai kerana lebih memadai dan dapat mengelakkan pembaziran ataupun dibuang.

“Lebih baik duit majlis tu digunakan untuk selepas kahwin,” kata seorang pengguna yang mementingkan buat perkara wajib terlebih dahulu apabila berkehendak ‘mendirikan masjid’.

Sumber: Facebook Normaliza Mahadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×