Famili

“Semua Negeri Ada Kan Bagus”- Pawagam Di Terengganu Letak Peringatan Berkelakuan Sopan

198
SHARES

Baru-baru ini tular di laman Tiktok dari seorang pengguna @sabri_mamat, memaparkan pesanan yang dibuat Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mengenai larangan di dalam panggung wayang.

Baca juga: Kes Kanak-Kanak Tercampak Dari Kereta Ketika ‘U-Turn’, Polis Jalankan Siasatan

PAWAGAM DI TERENGGANU LETAK PERINGATAN BERKELAKUAN SOPAN

Gambar hiasan: EuropaCinemas

Larangan itu memaparkan pesanan bermanfaat kepada penonton supaya berkelakuan sopan di dalam panggung wayang yang sememangnya merupakan tempat tumpuan awam yang dipenuhi dengan pelbagai lapisan umur.

“Seksyen 34: Perbuatan tidak sopan di tempat awam seperti berpelukan, bercium ataupun seumpamanya adalah satu kesalahan yang boleh didenda RM1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.” antara pesanan yang dipaparkan sebelum tayangan filem dimulakan.

Seksyen 35 pula menjelaskan mengenai penonton dinasihatkan berpakaian sopan agar tidak menimbulkan ‘keinginan’ kepada orang awam yang berada di sekeliling.

“Seksyen 35: Mendedahkan mana-mana tubuhnya yang menimbulkan ghairah di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau tidak melebihi 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” 

“Semoga peringatan ini memberi manfaat kepada anda semua,” pesanan ikhlas daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

@sabri_mamat This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan. #terengganu #viral #fyp #melayu #matkilau #wayang ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

“This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“KALAU SATU MALAYSIA ADA KAN BAGUS…”

Malah, perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen yang memberikan reaksi yang sangat positif. Mereka berpendapat seeloknya pesanan amaran ini dipaparkan di seluruh pawagam di Malaysia, sambil berhibur dapat juga mengamalkan syariat Islam.

Rupanya ramai dalam kalangan netizen menyangkakan pesanan ini ada di negeri lain juga.

Perbuatan berkelakuan tidak senonoh oleh segelintir penonton ketika menonton wayang, tidak dinafikan ia sememangnya berlaku. Suasana gelap ketika tayangan memberanikan individu-individu ini untuk melakukan maksiat tanpa berasa malu.

Mungkin selepas ini, pemilik dan pengusaha panggung wayang di Malaysia boleh menimbangkan peringatan yang memberi seribu kebaikan kepada masyarakat di negara ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Tiktok sabri_mamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×