Famili

Kes Kanak-Kanak Tercampak Dari Kereta Ketika ‘U-Turn’, Polis Jalankan Siasatan

147
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah rakaman ‘dashcam’ memaparkan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika sedang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.

Baca juga: Kes Tinggal Mayat Anak 2 Tahun, Rupanya Bukan Pasangan Suami Isteri & Keduanya Positif Dadah

KANAK-KANAK TERCAMPAK DARI KERETA KETIKA ‘U-TURN’

Tangkap layar insiden kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U baru-baru ini – Kosmo Online.

Melalui laporan akhbar Kosmo Online pada Sabtu lalu, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U di Jalan Tasik Puteri, Rawang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial semalam berdurasi satu minit 37 saat yang memaparkan kejadian tersebut.

“Rakaman terbabit memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai perempuan telah tercampak keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi ketika kenderaan terbabit membuat pusingan U.

“Seorang lelaki telah membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan sebelum diserahkan kepada seorang wanita dipercayai ibu mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, kejadian akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang bertanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak didapati menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

“Polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau 03-61262222,” jelasnya.

Terdahulu, melalui siaran Kosmo Online pada Jumaat, telah tular video seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika sedang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.

Kejadian tersebut disedari oleh pemandu kenderaan di belakangnya yang juga turut memberikan bantuan awal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan mendukungnya.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan, keluarga kanak-kanak terbabit bergegas mendapatkannya semula serta cuba menenangkan mangsa yang menangis.

“CHILD LOCK PINTU & BABY CARSEAT SANGAT PENTING YEE…” – NETIZEN

Dalam pada itu, paparan rakaman ‘dashcam’ yang dikongsikan oleh Malaysia Virall di laman sosial twitter telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada beberapa pengguna tampil memberi teguran berkenaan penggunaan ‘car seat’ serta tali pinggang keledar itu sangat penting bagi menjamin keselamatan anak-anak.

“Child lock pintu dan baby carseat sangat penting yee untuk elak kecelakaan yang tak diingini,” ujar seorang pengguna.

“Gila, mujuq tak kena gilis,” ujar seorang pengguna lain.

Sumber: Kosmo Online / Twitter Malaysia Virall

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×