Famili

Kes Tinggal Mayat Anak 2 Tahun, Rupanya Bukan Pasangan Suami Isteri & Keduanya Positif Dadah

246
SHARES

Susulan laporan ‘pasangan’ suami isteri melarikan diri serta meninggalkan mayat anak lelaki berusia dua tahun selepas terbabit kemalangan pada malam Ahad lalu, semalam Utusan Malaysia melaporkan mereka disahkan bukan pasangan suami isteri.

Dua individu lelaki dan wanita itu, masing-masing berusia 30-an dan 20-an didapati, mereka turut positif dadah dalam ujian urin yang dilaksanakan.

Baca juga: Suami Isteri Tergamak Tinggal Mayat Anak 2 Tahun Selepas Terbabit Kemalangan

RUPANYA BUKAN PASANGAN SUAMI ISTERI & KEDUANYA POSITIF DADAH

Gambar: Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab – Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, selepas siasatan lanjut dijalankan oleh pihaknya, status hubungan kedua-dua suspek bukan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau juga berkata, kedua-duanya telah dikenakan reman malah suspek lelaki juga mempunyai rekod jenayah lampau termasuk 14 kesalahan narkotik manakala suspek wanita mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.

“Suspek lelaki telah direman selama empat hari bermula Isnin lalu di Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 hingga esok, manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula, reman akan dimohon esok (hari ini).

“Pasangannya yang juga ibu mangsa hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan. Kedua-duanya positif dadah dalam ujian urin yang dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sekadar gambar hiasan: EWN

Kelmarin media melaporkan kedua-dua suspek meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam Ahad lalu.

Ujar Anuwal lagi, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

Sementara itu, difahamkan jenazah kanak-kanak itu telah dituntut oleh bapa kandung dari Hospital Tampin dan telah selamat dikebumikan pada Selasa.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×