Tidak menyangka perkara sebegini berlaku di negara ini, di mana tergamaknya sepasang suami isteri meninggalkan anak lelaki mereka yang meninggal dunia selepas mereka sekeluarga terbabit di dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku pada malam Ahad itu berlaku di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, lapor Utusan Malaysia semalam.
Baca juga: [VIDEO] “Hadiah Macam Ni Mesra Poket”- Pengantin Terima Hadiah Barang Keperluan Harian Dari Rakan
SUAMI ISTERI TERGAMAK TINGGAL MAYAT ANAK 2 TAHUN SELEPAS TERBABIT KEMALANGAN
Difahamkan, pasangan suami isteri masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an dan 20-an itu melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu keluarga terbabit.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu apabila lelaki itu bersama isteri dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor di sini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab, berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu lelaki tersebut iaitu sebuah Proton Iswara, cuba memotong sebuah lori. Namun tiba-tiba ia gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan.
“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali menyebabkan bergesel dengan lori tersebut. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar daripada kenderaan.
“Seorang kanak-kanak lelaki telah tercampak di tengah jalan dan telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.
“Lelaki dan wanita yang terbabit kemalangan tersebut telah melarikan sebuah kenderaan jenis pacuan empat milik pengguna jalan raya yang memberi bantuan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.
Ujar Anuwal, pasangan tersebut telah berjaya ditangkap di rumah mereka di Felda Bukit Jalor.
Sumber: Utusan Malaysia