Famili

[VIDEO] “Hadiah Macam Ni Mesra Poket”- Pengantin Terima Hadiah Barang Keperluan Harian Dari Rakan

Sebelum ini terdapat sebuah video yang memaparkan gelagat beberapa pemuda, memberikan hadiah ‘kurang manis’ kepada pasangan pengantin sewaktu di majlis persandingan pasangan tersebut. Ekoran itu, pelbagai kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen.

Namun, lain pula cerita pemuda ini di mana perkongsian video bersama rakan-rakannya yang memberikan hadiah berbentuk barangan keperluan harian kepada pasangan mempelai telah mendapat perhatian netizen di laman Tiktoknya.

Baca juga: ‘Escalator vs Lift’, Ibu Berang Segelintir Rakyat Malaysia Masih Tiada ‘Common Sense’!

PENGANTIN TERIMA HADIAH BARANG KEPERLUAN HARIAN DARI RAKAN

Menerusi video pengguna tiktok bernama @nzrnahmd_ itu, memaparkan sekumpulan pemuda dan seorang gadis berpakaian serba hitam sedang membawa pelbagai jenis barangan setiap seorang sebagai hadiah perkahwinan.

Gelagat mereka yang beratur untuk memberikan ‘hadiah’ tersebut kepada pengantin di atas pelamin berjaya mencuri perhatian umum.

Kelihatan pelbagai barangan keperluan harian yang diberikan seperti bantal, periuk, pencuci baju, gula, bawang putih, garam, bawang merah, telur, milo, sos cili, minyak masak, kicap, sardin dan maggi.

Malah, pasangan merpati dua sejoli yang serba lengkap dengan busana pengantin bewarna pic itu, kelihatan begitu gembira dan teruja di atas pemberian hadiah yang sangat bernilai daripada rakan-rakannya.

“Dah macam mangsa banjir,” selorohnya di kapsyen.

“AKU APPROVE HADIAH MACAM NI MESRA POKET”

Sementara di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon yang positif dan perbuatan baik ini wajar dicontohi. Secara tak langsung, dapat meringankan sedikit urusan pengantin untuk meneruskan kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri.

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok nzrnahmd_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×