Famili

‘Escalator vs Lift’, Ibu Berang Segelintir Rakyat Malaysia Masih Tiada ‘Common Sense’!

448
SHARES

Baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan berang di laman Instagramnya, atas sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempunyai ‘common sense’ sewaktu menggunakan lif di dalam pusat beli-belah.

Pengguna bernama @_wanismanis ini di kapsyennya merayu agar rakyat Malaysia lebih memahami dan peka dengan keadaan orang sekeliling apabila menggunakan lif dan eskalator.

Baca juga: Memilukan…Budak Lelaki 5 Tahun Rentung, Ibu & Adik Pula Melecur

‘ESCALATOR VS LIFT’…

“Perlu post kat sini bagi orang semua fahammmmmmmmm!

“Tolong tolong Malaysian semua please faham dan ada sensitivity bab bab ni.

“Bukan tak ada kes sebelum ni, dah banyak kes budak jatuh escalator kan kat Malaysia,” ujarnya menerusi kapsyen di laman sosial miliknya.

KISAH ‘LIFT’ VS ‘ESCALATOR’ KAMI

Ayat tulisan digambarnya pula meminta, agar individu yang tidak membawa kerusi roda, kereta sorong bayi atau barangan yang besar dan sebagainya, sewajarnya menggunakan eskalator yang seharusnya sudah difahami sendiri oleh rakyat di negara ini.

Kemudian, dia menceritakan situasi keluarganya yang terpaksa menunggu di hadapan lif selama 4 kali pergerakan lif berulang-alik untuk dia sekeluarga yang ingin turun ke bawah dari tingkat dua.

Dapat dilihat jelas di situ, bayi kecil di dalam ‘stroller’ bersama anak kecil lain sedang menunggu di hadapan lif.

Jelasnya lagi, tiada seorang pun yang mempunyai perasaan belas ihsan dan bertolak ansur untuk memberikan ruang kepada keluarganya untuk menaiki lif, walaupun keadaan individu-individu tersebut seperti bersenang-lenang saja.

“Kami tunggu depan lift ni dah 4 round tau (untuk turun bawah dari 2nd floor ke LG). Tak ada seorang manusia pun yang ada belas ihsan dan tolak ansur untuk bagi kami ruang masuk dalam lift ni.

“Sedangkan yang dalam tu cukup sifat, muda, tak bawak wheelchair, stroller atau barang-barang yang banyak. Dalam bahasa kurang cantiknya, depa melenggang-lenggang kangkung saja.” jelas wanita itu.

TERPAKSA AKUR MENGGUNAKAN ESKALATOR BERSAMA ‘STROLLER’ BAYI…

Kemudian, puncak kesabarannya terus hilang dan membuat keputusan menggunakan eskalator berhampiran bersama tiga anak dan suami dengan membawa ‘stroller’ dan ‘co-rider’ sebanyak tiga kali turun.

Ibu tiga anak ini turut memberikan nasihat kepada rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan menaiki lif kepada individu yang selayaknya bukan mereka yang hanya ‘bertangan kosong’.

Malah, dia turut menegaskan bahawa keselamatan anak kecil dan membawa stroller di atas eskalator bakal mengundang risiko bahaya berikutan terdapat banyak kes kanak-kanak terjatuh sewaktu menggunakan eskalator.

Isu penggunaan lif dan eskalator bukan lah perkara yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, melibatkan keselamatan dan keadaan individu yang lebih memerlukan.

Kanak-kanak yang menggunakan ‘stroller’, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita mengandung dan sebagainya lebih memerlukan berbanding anda yang sihat tubuh badan sambil ‘berlenggang-kangkung’.

Justeru itu, jika anda melihat individu-individu yang tidak sewajarnya menaiki lif tegurlah mereka secara berhemah agar tidak mengundang perbalahan besar. Semoga sikap negatif segelintir rakyat Malaysia sewaktu berada di tempat awam dapat berubah jadi lebih baik.

Sumber: Instagram _wanismanis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×