Famili

3 Sebab Kena Elak Berkawan Dengan Suami Orang, Bila Tersuka Terus Dilabel Jodoh!

41
SHARES

Antara punca penceraian terjadi lazimnya, disebabkan ‘orang ketiga’ yang hadir dalam kehidupan sebuah hubungan suami isteri itu. Bermulanya, perkenalan sekadar ‘cuma kawan’ siapa sangka akhirnya, bertukar menjadi sebagai ‘teman’ di alam perkahwinan.

Sebagaimana dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin yang sekadar memberi peringatan nasihat supaya mengelakkan diri daripada berkawan dengan suami orang. Beringatlah, sesama menjaga kerukunan sesama jantina dan keharmonian rumah tangga.

Baca juga: [VIDEO] Hari Bahagia Pengantin Bertukar Tragedi, ‘Order’ 700 Pax Katering Hantar 50 Pax Sahaja

3 SEBAB KENA ELAK BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG, BILA TERSUKA TERUS DILABEL JODOH!

“Berkawan” dengan suami orang : Kalau boleh elak tu, elaklah.

Bila dah tersuka, bila dah dilamun cinta, terus dikatakan jodoh. Nak buat macam mana kan… ketentuan Allah s.w.t… tapi pokok pangkal asal hubungan tu adalah sebab tak pandai jaga pergaulan dan tak tahu batas bila bergaul.

Bukan tak tahu dia tu suami orang, tapi melayan jugak. Dari sekadar “cuma kawan”, sehinggalah terbinanya “satu hubungan”.

3 SEBAB KENAPA KENA ELAK BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG:

1. BUKAN SEMUANYA MAMPU

Gambar hiasan: SinaranWanita

Kita bukan nak menidakkan perkara yang halal dan boleh untuk orang lelaki buat tapi, syarat utama yang membolehkan dia untuk buat pilihan itu ialah mampu.

Mampu ni boleh dikatakan ramai lelaki yang bergelar suami pada hari ini, “tidak mampu”. Kalau dia betul-betul mampu, maka isteri dia tak membantu langsung bab kewangan. 

From A to Z dia sediakan, semua hutang dia bayarkan siap ada pakej duit belanja yang fixed lagi setiap bulan untuk isteri dia.

Kalau bulanan pun, isteri bayar hutang, isteri topup perbelanjaan, keluar makan isteri bayar, minyak kereta isteri penuhkan, maka dimana “kemampuan” dia untuk beristeri lebih dari satu?

Kalau dia teruskan juga niat dan perbuatan itu, maka penganiayaan akan berlaku disebabkan dia “tidak mampu”.

2. NIAT NAK TEST MARKET, MAIN-MAIN, TAK SERIUS

Gambar hiasan: MannaExpress

Bukan semua yang menyentuh hati anda tu, membuatkan anda jatuh cinta dengannya ada nawaitu ingin menghalalkan anda.

Ada yang saja-saja test market. Sekadar suka-suka, main-main, dia tak akan mahu untuk ke peringkat seterusnya sebab dia tiada keinginan pun untuk ke peringkat tu. Hubungan tu sekadar mengisi masa lapang, memenuhkan masa terbuang.

Dia akan mengelak daripada membicarakan soal serius ke tidak, nak berkahwin ke tidak dan sebagainya. Dia akan berjanji sahaja sepanjang masa tapi dia langsung tidak mengotakan apa yang dijanjinya.

Lebih teruk lagi, dia dapat “habuan”, dia blah dan memutuskan hubungan begitu sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Dia yang untung dan dia tak rugi apa-apa dalam hubungan yang macam ni.

3. JANGAN MENAMBAHKAN BILANGAN IBU TUNGGAL

Gambar hiasan: OhBulan!

Biasalah adat mula-mula nak menumpang kasih. Bila kasih dah ditumpang, maka mula tamak dan nak ianya jadi hak milik seorang.

Yang pertama dah mula rasa kurang senang, yang pertama dah mula rasa diabaikan, yang pertama tak boleh terima diduakan, maka yang pertama pun “lebih rela” untuk bergelar ibu tunggal.

Ada suami yang sebelum bercinta dengan orang lain, sebelum berkenalan dengan org lain, dia okay dengan isterinya. Bila berjumpa orang baru, dia jadi haru-biru.

Kewajipan dah ke laut, nafkah dah mula tak tunai. Anak isteri tak dihiraukan lagi dah dek kerana keasyikan dilamun “cinta baru”.

Ditegur tak guna, dinasihat sia-sia. Maka give up dan redhalah si isteri dalam mempertahankan rumahtangga asbab kemunculan orang ketiga. Si suami yang asalnya nak membantu janda, telah menjandakan pulak isteri sendiri.

Sebagai suami, jagalah pergaulan dan fahamilah batas-batas bergaul. Kita keluar mencari nafkah untuk keluarga, bukan jodoh kedua. Tengok cermin, tengok atas bawah.

Sedarilah kemampuan kita dan ingatlah pengorbanan yang telah isteri kita lakukan.

Kepada “orang ketiga”, andai rosak sesebuah rumah tangga kerana perbuatan anda, maka bertanggungjawablah untuk menjawab soalan di akhirat sana. Allah Maha Adil dan Saksama.

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×