Rakyat

[VIDEO] Hari Bahagia Pengantin Bertukar Tragedi, ‘Order’ 700 Pax Katering Hantar 50 Pax Sahaja

20
SHARES

Dulu kebiasaannya, aktiviti rewang merupakan aktiviti wajib diadakan sebagai persiapan sebelum tibanya hari majlis perkahwinan. Aktiviti ini, sering melibatkan penduduk sekitar bergotong-royong melaksanakan pelbagai tugas seperti memasak pelbagai juadah lauk sebagai hidangan majlis kenduri. Sungguh meriah!

Sekarang ini pula, sudah ramai yang memilih menggunakan perkhidmatan katering kerana dapat meringankan beban pihak keluarga pengantin.

Namun, sebaliknya berlaku kepada pasangan pengantin ini, apabila pihak katering didakwa menipu mereka dengan mengurangkan jumlah makanan seperti mana yang telah dipersetujui. Apa pula kali ini?

Baca juga: Mesin ‘Claw’ Permainan Anak Patung Kanak-Kanak Dikira Judi- Mufti Perlis

HARI BAHAGIA PENGANTIN BERTUKAR TRAGEDI, ‘ORDER’ 700 PAX KATERING HANTAR 50 PAX SAHAJA

Menerusi luahan sayu seorang wanita bernama Nurulnorafiza di laman Tiktoknya, dia menceritakan bahawa dipercayai telah ditipu oleh katering yang sepatutnya menyediakan 700 pax hidangan.

Malah, sebaliknya yang berlaku hanya menerima 50 pax sahaja dan tidak cukup untuk menjamu kepada tetamu yang hadir.

Dalam video tersebut dia menjelaskan, kejadian berlaku pada 4 Jun lalu di mana hari majlis perkahwinan dia sepatutnya menjadi hari paling bahagia bertukar kepada tragedi hari paling sedih buat ahli keluarganya.

“Hari kebahagiaan bertukar kesedihan. Tragedi paling sedih untuk saya dan family saya. Kejadian pada 4/6/22.

“Order 700 pax yang sampai kurang 50 pax,” ujar wanita itu di dalam videonya.

KECEWA SEDIH SERIBU SATU RASA DATANG…

Dia turut menyuarakan kekecewaan kerana tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku kepada dirinya.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang memakai busana pengantin bewarna merah, menangis sedih teresak-esak sambil dipujuk oleh mereka yang berada di tempat kejadian.

“Tak expert boleh jadi. Bila jadi depan mata menangis tak berhenti.

“Sayu hati. Majlis hancur huru-hara disebabkan bridal yang macam hanat.

“Semoga Allah membalas di atas sana.” luah wanita itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan ini dan minta supaya perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Nurulnorafiza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×