Famili

Mesin ‘Claw’ Permainan Anak Patung Kanak-Kanak Dikira Judi- Mufti Perlis

1.9K
SHARES

Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir), lapor Kosmo Online hari ini.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Baca juga: Viral Wanita Pukul Maki Anak Dalam Bas, Rupanya Dihalau Mentua & Suami Masuk Lokap

MESIN ‘CLAW’ PERMAINAN ANAK PATUNG KANAK-KANAK DIKIRA JUDI – MUFTI PERLIS

Sekadar gambar hiasan.

Jelasnya, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.

Fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis. – KosmoOnline

“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×