Famili

Viral Wanita Pukul Maki Anak Dalam Bas, Rupanya Dihalau Mentua & Suami Masuk Lokap

20
SHARES

Benarlah kata orang, jangan menghukum seseorang itu tanpa mengetahui cerita sebenar dari empunya badan. Begitu juga, dengan kisah viral baru-baru ini di mana, seorang wanita bertindak memukul dan memaki anak-anaknya di dalam bas sehingga ditegur oleh penumpang kerana tidak dapat menahan sabar lagi.

Kisah ini ternyata mendapat perhatian netizen, pelbagai reaksi diterima terutamanya kecaman terhadap wanita tersebut. Namun, tiada siapa sebenarnya tahu di sebalik peristiwa itu, terdapat seribu satu penderitaan dan tekanan yang dihadapinya seperti dikongsikan oleh Puan Shira Ira, individu yang telah membantu ibu yang derita ini.

Baca juga: “Oh..Suri Rumah Je?”- Ini Antara 30 Tugasan Seorang Isteri/Ibu Yang Tak Ternilai!

VIRAL WANITA PUKUL MAKI ANAK DALAM BAS, RUPANYA DIHALAU MENTUA & SUAMI MASUK LOKAP

Baru-baru ini viral kisah perempuan pukul dan maki anak dalam bas. Macam-macam orang kecam dia di comment. Hakikatnya dia sedang tekanan & stress. Dia jumpa kami mungkin Allah dah atur untuk bantu dia.

Dia tido di bilik bajet depan hoshas. Malam tu kebetulan ada jamuan di Pizza Temerloh. Adik-adik dekat situ bagi dia makanan, keadaan dia dan anak-anak sangat sedih.

Isnin pagi,

Seawal 8 pagi, Ummi jmpa dia. Rupanya dia dihalau mak mentua, suami masuk lokap sebab ambil barang (dadah). Anak dua orang dia bawa tu anak dia dengan suami lama. Katanya mak mentua tak suka anak-anak dia.

KENAPA DATANG TEMERLOH?

Dah singgah Kuantan cari kerja di Kuantan, tapi tak jumpa cari bilik. Sementara tu, dia dan anak-anak hanya tidur di masjid. Katanya nak singgah je Temerloh dan nak ke Kuala Lumpur di tempat lama dia kerja sebelum ni.

Tapi kalau dapat kerja di Temerloh. Dia nak stay Temerloh je, tapi dengan keadaan anak-anak dia agak susah sebab masalah jugak dengan transport. Umi hantar dia ke homestay kami untuk sementara.

Umi bagi dia telekung suruh solat, mandi dan umi nasihat dia. Masa ni kami tak tahu lagi kisah dia dah viral, sedih tengok keadaan anak dia. Tengah hari kami dapat tengok video viral tu, tapi tetap kena tolong umi kata.

DIA KATA ALLAH UJI DIA SEBAB LAMA TAK SOLAT…

Umi nasihat dia, jangan pukul anak. Umi peluk anak-anak dia, dia kata Allah uji dia sebab dia lama tak solat. Masa umi nak balik anak dia peluk umi. Tak bagi balik, nak ikut umi. Kesian macam kurang kasih-sayang.

Isnin petang saya bawak dia pergi JKM. Alhamdullilah, dapat lah sedikit bantuan. Bawa pergi makan McD, bawa beli baju. Dalam kereta tu saya nasihat lagi dekat dia.

DIA TERKEJUT & MALU KISAH DIA JADI VIRAL, DIA SAYANG ANAK TAPI…

Gambar: OhBulan!

Jangan mencarut dekat anak-anak. Jangan pukul anak. Dia tanya saya macam mana tahu saya pukul anak? Saya bagitahu dia kisah akak pukul anak dalam bas dah viral.

Terkejut dia. Dia kata boleh tak nak tengok. Saya tunjuk dekat dia. Dia kata dia malu. Malu lah saya kak. Saya sayang anak saya, tapi saya tekanan kak keadaan macam ni.

Hari selasa pagi, dia call mintak hantar ke terminal, nak pergi Kuala Lumpur. Dia pun dah sampai KL.

MARI DOAKAN IBU & ANAK-ANAKNYA!

Jom sama-sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan akak tu dan anak-anak dia. Moga Allah permudahkan urusan dia, buat semua netizen cukuplah kecam dia. Kita tak rasa dan tak alami apa yang dia rasa sekarang. Kita doa yang baik-baik untuk dia.

AKHIRNYA, SUDAH DAPAT KERJA! ANAK ADA ORANG JAGA

Update.

Tadi saya ada call dia, dia dah dapat kerja di kedai makan dekat Chow Kit. Anak dia ada orang jaga. Alhamdullilah.

Ramai yang PM Ira, whatsapp, call mintak number dia. Maaf, Ira tak dapat nak bagi sebab tuan badan tak benarkan. Cukup sekadar mendoakan dia dan anak-anak dia katanya. Thank you rakan FB yang prihatin.

Sumber: Facebook Shira Ira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×