Famili

Ingatkan Beri Wang Hantaran Sikit, Tak Sangka Bapa Mentua ‘Nego’ Hantaran Tinggi Sampai Jadi Rendah

44
SHARES

Wang hantaran merupakan sebuah bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui dua belah pihak keluarga dan pemberiannya tidak wajib jika dibandingkan dengan mas kahwin yang wajib itu.

Nilai wang hantaran juga bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak untuk menetapkannya. Ada yang meletakkan nilai tinggi dan ada juga yang meletak nilai rendah bergantung kepada timbang rasa keluarga wanita dan keupayaan bakal suami.

Baca juga: [TERKINI] Tiada Virus Monkeypox Di Malaysia, Jangan Sebar Berita Palsu – KKM

INGATKAN BERI WANG HANTARAN SIKIT, TAK SANGKA BAPA MENTUA ‘NEGO’ HANTARAN TINGGI SAMPAI JADI RENDAH

Bagaimanapun, lain pula cerita dengan bapa mentua seorang ini di mana, nilai hantaran yang diletakkan bakal menantu asyik kena runding atau ‘nego’ saja sehingga menjadi rendah nilainya.

Sampaikan menantu terkejut dan tiga kali juga lah ditanya untuk direndahkan nilai wang hantaran tersebut. Alahai baiknya bapa mentua.

Nak kongsi cerita masa anak perempuan dipinang orang. A week before rombongan sampai bakal menantu dah datang nak bincang pasal duit hantaran.

My wife & mom serahkan bulat-bulat pada saya to decide. So menantu cakap nak bagi 20K hantaran.

Saya tanya balik, “Pasti ke?”

Then dia tanya balik, “Rendah sangat ke uncle?”

Saya cakap “Awak tak rasa tinggi sangat ke? Taknak nego (runding)?”

Dia dah terperanjat. Saya sambung, “Rendahkan lah lagi sebab lepas kawin banyak duit nak pakai untuk rumah.”

Then dia kata, “18k boleh uncle?” saya kata nego la lagi.

Lepas lama dia diam, saya cakap, “Ingat pesan uncle, lepas kawin awak nak bina kehidupan. Banyak duit nak pakai.”

Then dia cakap, “Ok uncle, 15K boleh?” 

Saya balas balik, sure taknak nego lagi? Dia kata dah uncle, ni final. Tak nak nego dah. Saya pun cakap if this is yang you sanggup, uncle terima.

SELEPAS 3 KALI RUNDINGAN WANG HANTARAN DIBUAT…

Gambar hiasan: SisLin76.com

So tetaplah duit hantaran tu dekat 15K. Kalau masa tu dia nak nego, I still accept sebab yang penting bersyukur jodoh anak dah sampai dan ada yang sanggup terima my anak seadanya.

Secondly, memang lepas kahwin akan pakai duit yang banyak so biarlah duit savings dorang digunakan untuk bina kehidupan mereka.

Sebagai parents kita memudahkan agar tidak membebankan mereka. Tak payah nak letak harga hantaran mahal-mahal. Yang penting selesaikan yang wajib. Akhirnya settle majlis kawin bulan December 2021.

Sementara itu, di ruangan komen pula terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Ada yang berkongsi pengalamannya dan ada juga yang memuji tindakan ini.

Sumber: Twitter Kaiserfariz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×