Kini Trending

[TERKINI] Tiada Virus Monkeypox Di Malaysia, Jangan Sebar Berita Palsu – KKM

11
SHARES

Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox), di negara ini, lapor Berita Harian Online semalam.

Baca juga: Viral Anak Jumpa Nota Persiapan Kematian Ibu, Mufti Titip Nasihat Bersedia Untuk Kematian

[TERKINI] TIADA VIRUS MONKEYPOX DI MALAYSIA, JANGAN SEBAR BERITA PALSU – KKM

Gambar: Entri di Facebook KKM malam tadi.

Dalam satu kenyataan semalam, KKM berkata, ini termasuk kes membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

“Sekiranya gambar itu benar, waris kepada kanak-kanak berkenaan dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya menerusi entri di Facebook semalam.

Orang ramai pula, katanya, dinasihati tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang didakwa dijangkiti itu untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu, jika berkaitan penyakit atau masalah kesihatan lain.

Gambar: Gambar yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. – REUTERS / BH Online

Semalam, satu gambar kanak-kanak tular di media sosial yang dikaitkan kononnya kes dijangkiti virus cacar monyet di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menjelaskan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

Beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad.

Media melaporkan wabak cacar monyet direkod di beberapa negara benua Eropah seperti United Kingdom (UK), Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman, selain Amerika Syarikat (AS), Kanada serta Australia.

Menurut BH Online, setakat Isnin, lebih 100 kes dilaporkan sama ada yang disahkan mahupun disyaki, kebanyakan jangkitan tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu.

Laporan awal menyatakan sebahagian kes terbabit mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan pesakit cacar monyet.

Sumber: BH Online / Twitter KKM Putrajaya / Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×