Inspirasi

Kempen #BeKindOnline Suria KLCC Tangani Isu Buli Siber, Promosi Ruang Digital Selamat & Positif

Suria KLCC telah melancarkan kempen #BeKindOnline bagi menangani isu buli siber, yang berlangsung dari 10 hingga 20 Oktober lalu dalam meneruskan komitmennya dalam menyokong kesihatan mental. 

Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang turut berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut menerusi sesi podcast.

Kempen itu bertujuan mengatasi masalah buli siber yang semakin meningkat serta kesannya terhadap kesihatan mental, di samping mempromosikan ruang digital yang selamat dan positif.

Guna Pendekatan Digital & Podcast Untuk Tarik Perhatian

Dengan fokus kuat terhadap penggunaan ruang digital, kempen #BeKindOnline menampilkan inisiatif berasaskan kandungan yang diterajui pempengaruh dan personaliti utama. 

Ruang selamat pelbagai fungsi dan studio podcast disediakan untuk pengunjung di pintu masuk Park Mall

Kandungan kempen juga disebar luas di pelbagai platform untuk memaksimumkan jangkauan, menggunakan video pendek, petikan podcast dan perbincangan dalam talian yang meningkatkan kesedaran. 

Mereka akan berinteraksi dengan orang ramai di media sosial, berkongsi kisah peribadi, pandangan pakar serta strategi untuk menangani buli siber.

Baca juga: Kod ‘Tatalaku Media Sosial’ Diumum Hujung Oktober Ini, Tiga Isu Jenayah Diberi Penekanan

Auntie Purple Kongsi Cerita Dalam Podcast Bersama Sirap Limau

Sirap Limau telah berkolaborasi bersama Suria KLCC dengan membawa pencipta kandungan, Noor Suhaili atau lebih dikenali sebagai Auntie Purple untuk berkongsi pengalamannya. 

Pencipta kandungan yang terkenal dengan video transition ini berkata beliau terkesan dengan komen buruk dan pesanan mesej  yang diterimanya di media sosial. 

@mysiraplimau

Auntie Purple tak tidur malam teringat DM fitnah babit suami & keluarga. #SirapLimau #BeKindOnline #SuriaKLCC

♬ original sound – Sirap Limau Official – Sirap Limau Official

“Satu malam auntie tak boleh tidur, memang auntie fikir je benda tu (pesanan mesej). Uncle kata awak biar je. Diorang yang komen ke DM ke, memang sengaja nak bagi awak koyak. Kalau awak koyak, dorang menang”.

Berbicara lebih lanjut, Auntie Purple bersyukur perjalanannya sebagai pencipta kandungan disokong oleh suami dan keluarga. 

“Auntie rasa kalau tiada support macam dari uncle dan anak-anak. Memang dua ke tiga malam juga auntie tak boleh tidur. Terfikir kenapa orang sampai fikir dan anggap (komen buruk) macam tu. Macam adakah auntie ni penjenayah?”.

Di akhir temubual podcast, Auntie Purple berharap pengguna media sosial menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan komen buruk, yang boleh meninggalkan kesan emosi kepada penerima.

Kandungan Kempen Mudah Diakses

#BeKindOnline melangkaui sekadar meningkatkan kesedaran, tetapi turut menawarkan penyelesaian dan sokongan nyata kepada mereka yang terkesan oleh buli siber, memastikan tiada siapa yang menghadapi cabaran ini bersendirian. 

Kandungan kempen tersedia untuk ditonton dan didengar semula. Orang awam boleh melayari Spotify Safe Space with Suria KLCC dan juga saluran Youtube Suria KLCC untuk melihat kandungan kempen #BeKindOnline.

Baca juga: ‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×