Famili

Kod ‘Tatalaku Media Sosial’ Diumum Hujung Oktober Ini, Tiga Isu Jenayah Diberi Penekanan

kod tatalaku

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengeluarkan kod tatalaku pelesenan perkhidmatan media sosial selewat-lewatnya hujung Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengendali platform media sosial mempunyai dua bulan untuk meneliti dan mendaftar untuk pelesenan.

KOD TATALAKU MEDIA SOSIAL DIUMUM SKMM

“Ia supaya mereka faham tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia yang guna platform mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri rakaman “Podcast Kempen Kesedaran Kesihatan Mental #BeKindOnline” anjuran Suria KLCC.

kod tatalaku

Fahmi menjadi jemputan rakaman podcast Safe Space Suria KLCC 2024, yang membawa tema #BekindOnline untuk memerangi buli siber

MCMC  sebelum ini memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Langkah itu akan dikuatkuasa bermula 1 Jan 2025

Baca juga : ‘Membawang’ & Mengejek Di Whatsapp Boleh Jadi Kes Jenayah, ANDA Mungkin Pelakunya!

Ditanya mengenai kandungan kod tatalaku tersebut, Fahmi berkata beliau belum dimaklumkan oleh pihak MCMC berkaitan perkara itu, tetapi menjelaskan bahawa kod tersebut akan berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan platform-platform media yang akan dilesenkan.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata, kod tatalaku fokus isu penipuan dalam talian, buli siber dan pengantunan sosial terhadap kanak-kanak.

Sementara itu beliau berkata beberapa akta baru juga akan digubal seperti Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata platform-platform media waktu ini tidak membenarkan penglibatan kanak-kanak, namun jika dilihat ia tidak dilaksanakan dengan baik kerana tiada kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru Fahmi berkata dengan adanya kerangka ataupun apabila media sosial ini dilesenkan, kerjasama dengan pihak PDRM dan peguam akan lebih baik.

Sumber : BERNAMA

Baca juga : Cikgu Boleh ‘Upload’ Gambar Atau Video Murid Di Media Sosial, Rata-Rata Ibu Bapa Setuju

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×