Seperti mana kita tahu, pelbagai isu mengenai gambar dan video anak dimuat naik di akaun media sosial guru tersebut. Tindakan ini membuatkan ibu bapa kurang selesa kerana mendedahkan wajah anak mereka tanpa kebenaran. Jadi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu surat kebenaran untuk ibu bapa tanda tangan.
Baca juga: Ibu Selit Nota Kecil Di Bekal Anak Darjah 2, Sikap Positif Ini Dipuji Warganet
SURAT KEBENARAN BERSETUJU RAKAM GAMBAR/VIDEO ANAK DI SEKOLAH
Tujuan borang surat kebenaran tersebut adalah untuk memohon perakuan ibu bapa bagi membenarkan segala aktiviti atau program sekolah melibatkan murid yang dirakamkan dalam bentuk gambar dan video boleh dimuat naik ke media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.
Amalan merakam dan mengambil gambar sudah menjadi satu tradisi di setiap sekolah. Tindakan ini bertujuan untuk dokumentasi dan di muat naik ke laman media sosial agar ibu bapa serta masyarakat dapat menontonnya.
Surat akuan tersebut hanya sah digunakan dalam tempoh satu (1) tahun sahaja dan perlu diisi semula oleh ibu bapa/penjaga bagi tahun berikutnya.
Surat akuan yang telah lengkap disi dan ditandatangani perlu disimpan oleh pihak institusi pendidikan bawah KPM bagi tujuan rekod dan rujukan.
Rata-rata ibu bapa bersetuju dan memberikan komen positif di media sosial kerana boleh melihat wajah anak mereka sekiranya memasuki apa-apa pertandingan di sekolah.
“Kita niat nak kongsi tentang kemenjadian murid. Nanti jangan kata cikgu-cikgu sekolah duduk sahaja kalau tak nampak gambar anak.
“Sebagai cikgu pun nak tengok gambar anak-anak. Seronok la. Tak dapat tengok depan mata, dapat rakaman atau gambar pun jadi lah,” komen warganet.
Walau bagaimanapun, masih ada lagi sesetengah ibu bapa yang tidak bersetuju jika wajah anak mereka dimuat naik di lama media sosial meskipun untuk dokumentasi.
*Diharapkan ibu bapa dan memberi kerjasama kepada pihak terlibat agar semuanya berjalan lancar.
Baca juga: Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini
Sumber: Facebook