Dikenali dengan isu pencemaran laut bukanlah berita yang enak untuk didengari. Tahukah anda, negara Malaysia telah diletakkan pada kedudukan ke-5 tertinggi di dunia yang terbabit menyebabkan pencemaran laut dengan 2.29 kilogram plastik perkapita setiap tahun?
Maklumat ini didedahkan oleh penyedia perkhidmatan tenaga dari United Kingdom (UK), Utility Bidder.
Baca juga: UIAM Diiktiraf Universiti Islam Ke-2 Terbaik Dunia, Megah Di Persada Antarabangsa!
PENCEMARAN LAUT MALAYSIA NO. 5 DI DUNIA
Menurut sumber, kajian pencemaran plastik dilakukan Utility Bidder ini bagi mengenal pasti:
- negara yang paling banyak mengeksport sisa
- negara yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi mengeluarkan sisa plastik
- negara yang paling banyak melakukan salah urus sisa
Kajian itu turut mendedahkan Filipina menduduki tempat teratas dengan pencemaran 3.3 kilogram sisa plastik ke lautan setiap orang setiap tahun, diikuti Suriname dengan pembuangan 2.89 kilogram sisa plastik ke lautan setiap orang setiap tahun.
“Jumlah 2.29 kilogram sisa plastik perkapita setiap tahun dari Malaysia yang mencemari lautan itu bersamaan dengan 8.9 peratus sisa plastik yang disalah urus di negara ini iaitu sebanyak 25.49 kilogram sisa plastik perkapita setiap tahun,” kata Pengarah Urusan Utility Bidder, James Longley.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
Baca juga: 5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!
Malaysia juga negara ke-10 paling banyak melakukan salah urus sisa plastik berkapita
Beliau berkata, selain tersenarai sebagai negara kelima tertinggi mencemari lautan, Malaysia juga tersenarai sebagai negara ke-10 paling banyak melakukan salah urus sisa plastik perkapita.
Katanya, sisa plastik yang tidak terurus ialah sisa yang dibuang atau dibuang di tapak pelupusan sampah tidak terkawal yang kemudian boleh menyebabkan ia mencemari lautan.
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan sisa plastik
Susulan itu, Longley berkata, terdapat banyak langkah mudah boleh diambil untuk mengurangkan sisa plastik, antaranya melalui penggunaan botol air dan cawan yang boleh diguna semula.
“Sekitar 1,500 botol plastik dibuang setiap saat, manakala hanya satu daripada 400 cawan kopi dikitar semula dengan cekap. Sebenarnya, menggunakan cawan boleh guna semula boleh menjimatkan wang.
“Pembelian plastik secara berlebihan boleh membahayakan alam sekitar daripada pelepasan dan sisa daripada proses pengeluaran.
“Beg plastik pula mengakibatkan kira-kira 250 haiwan marin terbunuh setiap hari akibat lemas. Jadi, menggunakan beg guna semula adalah cara yang ideal untuk mengurangkan sisa berlebihan ini dan cara ini juga boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang kerana tidak perlu membayar caj beg plastik ketika membeli-belah,” katanya.
Bagi memastikan amalan mengurangkan penggunaan plastik, Longley turut menasihati pengguna meletakkan beg guna semula berdekatan pintu rumah atau dalam kereta bagi memastikan ia dapat digunakan setiap kali mereka keluar membeli-belah.
Nota penulis: Info ini telah dikeluarkan oleh Berita Harian pada bulan April tahun ini.
Baca juga: Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah!
Sumber: Berita Harian
FT Image: 2ea.co.uk