Kebiasaannya, rumah yang dibina di kawasan kampung masih mengamalkan konsep tradisional pada binaannya iaitu dengan menggunakan kayu sebagai dinding. Namun, dinding kayu ini jika tidak dijaga dengan baik ia akan mudah mereput dan dimakan anai-anai.
Justeru itu, penulis ingin kongsikan tips menjaga dinding kayu rumah kampung melalui info yang diperolehi daripada hantaran Aizuddin Akhsan iaitu dengan menggunakan minyak kuin. Bukan sahaja, kayu menjadi sihat dan tiada anai-anai, malah ia menghasilkan warna cat yang memukau!
Baca juga: 7 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Mempesona, Baru ‘Matchy’ Dengan Perabot!
DINDING KAYU RUMAH KAMPUNG

Gambar: Aizuddin Akhsan
Saya nak kongsi sedikit cara saya buat kemasan pada dinding kayu rumah kampung (rumah ayah). Bajet tidak terlalu besar kalau gunakan “Minyak Kuin”.
Minyak ini pun biasa digunakan untuk kemasan rumah kayu dulu-dulu. Harga satu tong 14 liter RM84+-. Dan saya campurkan dengan thinner, nisbah 1:1 sebab terlalu pekat untuk saya sembur menggunakan Spray Gun.
Baca juga: 9 Tips Kemas Rumah Di Bulan Puasa, Agar Badan Tidak Mudah Penat!
Bahan-bahan dan proses:

Gambar: Aizuddin Akhsan
- Minyak kuin 14 liter
- Thinner
- Spray gun
- Campurkan minyak kuin dan thinner dengan nisbah 1:1.
- Kemudian masukkan ke dalam spray gun.
- Bolehlah sembur pada dinding kayu rumah.
Disebabkan minyak kuin ini kelikatannya agak tinggi, sebaiknya dicairkan dengan campuran thinner. Hal ini bagi mengelakkan spray gun tersumbat dan tidak mengeluarkan cecair yang berketul.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk membuat lebih daripada 2 lapisan untuk hasil yang lebih menyerlah dan tahan lama.
Baca juga: 9 Tips Bersihkan Tangan Dari Cat Semburan, Tak Perlu Susah Payah Sental Kulit Tau!
Info minyak kuin:

Gambar: Aizuddin Akhsan
Meninjau di ruang komen, penulis mendapati minyak kuin ini banyak digunakan oleh orang dulu-dulu seperti sebelum era 90an untuk membuat kemasan pada rumah kayu mereka. Di mana, nama lain bagi minyak ini ialah minyak rumah.
Malah, khabarnya minyak ini membuatkan kayu dinding menjadi lambat reput, merawat kayu dan melindungi dari anai-anai.
Baca juga: Cara Cuci TINGKAP NAKO Lejen, Stail Rumah Lama Banyak Pasang Jenis Ni!
Sumber: Aizuddin Akhsan
FT Image: Aizuddin Akhsan