Deko & Hias

6 Bahagian Rumah Yang Sering Cepat Rosak, No.2 Mudah Betul Terjadi Sampai ‘Botak’ Kepala!

57
SHARES
bahagian kerosakan rumah

Rumah adalah tempat tinggal seumur hidup yang seharusnya mempunyai kualiti yang bagus supaya diri berasa selesa semasa tinggal di dalamnya. Sepanjang tinggal di dalamnya, ia pasti akan mengalami kerosakan di beberapa bahagian, baik kerana faktor usia, kualiti bahan atau keadaan sekitar rumah. Oleh itu, mari lihat bahagian kerosakan rumah yang sering terjadi supaya anda boleh berikan perhatian yang lebih.

Baca juga: Cara Gandakan Sabun Cuci Pinggan Guna 3 Bahan, Tahan Hingga 5 Bulan & Buih Pun Banyak!

BAHAGIAN KEROSAKAN RUMAH

bahagian kerosakan rumah

Gambar: freepik

1. Atap rumah sering bocor

Bumbung adalah bahagian rumah yang paling kerap rosak seperti isu atap bumbung bocor yang disebabkan pelbagai faktor. Antaranya, kedudukan atap bumbung yang tidak betul, dibawa angin ketika ribut, sehinggalah dahan pokok yang beralih atau merosakkan atap bumbung.

2. Lantai mempunyai masalah sendiri selepas bertahun-tahun

Lantai juga biasanya mengalami kerosakan selepas bertahun-tahun. Biasanya lantai yang paling kerap rosak ialah lantai seramik. Kerosakan boleh disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat, menyebabkan seramik pecah.

Bukan seramik sahaja, lantai vinil juga boleh rosak terutamanya apabila terdedah kepada geseran yang kuat sehingga mengakibatkan calar dan mengelupas pada permukaan lantai.

Baca juga: Buat 5 Petua Ini Agar Pokok Mangga Berbuah Lebat Dalam Pasu, Ramai Lagi Tak Tahu Rupanya!

3. Siling yang mengalami kebocoran

Masalah kerosakan siling biasanya merupakan kesinambungan daripada masalah kebocoran bumbung. Siling yang terdedah kepada titisan hujan boleh menimbulkan kulat dan juga kerapuhan yang boleh menyebabkan ia rosak.

Selain masalah kebocoran, siling juga boleh rosak akibat tikus atau kucing yang berada di situ.

4. Pintu dan tingkap sering dimakan anai-anai

Bahagian rumah seterusnya yang paling kerap rosak ialah pintu dan tingkap. Secara umumnya, kerosakan pada pintu dan tingkap berlaku pada bahan kayu, di mana bahan ini sangat terdedah kepada serangan anai-anai.

Jika telah dimakan anai-anai, kayu akan perlahan-lahan reput dan rosak. Bukan sahaja pintu dan tingkap, bingkai juga boleh rosak akibat masalah yang sama.

Baca juga: Tanam Sayur Bayam Guna Penapis Je Bercambah Lebat, Sesuai Untuk Rumah Tiada Laman!

5. Dinding yang lembap

Di kawasan lembap, dinding menjadi masalah cukup membimbangkan. Tidak kira berapa kali dinding berkulat dibaiki, ia cenderung untuk muncul semula kerana keadaan lembap di kawasan itu.

Selain itu, masalah lain sering terjadi pada dinding rumah adalah cat yang mudah luntur dan mengelupas.

6. Saliran atau paip air tersumbat

Hujan lebat kadang-kadang boleh menyebabkan banjir di kawasan sekitar rumah. Oleh itu, penting untuk mempunyai saluran atau paip air yang mampu membawa banyak air. Tujuannya adalah untuk mengelakkan air daripada mengalir ke mana-mana atau lebih teruk lagi, masuk ke dalam rumah.

Kerosakan saliran yang paling biasa, disebabkan oleh saiz saluran air yang sempit dan kehadiran sampah di dalamnya. Kedua-dua sisa organik dan bukan organik boleh menyekat aliran air dalam saliran.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Sumber: PopMama

FT Image: rawpixel.com / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×