Deko & Hias

9 Tips Kemas Rumah Di Bulan Puasa, Agar Badan Tidak Mudah Penat!

1
SHARES
tips kemas rumah

Mengemas rumah pada bulan puasa agak sukar untuk dilakukan. Kegiatan ini akan memakan banyak tenaga dan agak melelahkan kerana perlu membersihkan seluruh rumah sambil menahan rasa lapar dan dahaga. Tapi jangan risau, dengan mengikuti tips kemas rumah bulan puasa di bawah ia tidak akan memenatkan tubuh anda!

Ingatlah, berpuasa bukan alasan untuk bermalas-malasan setiap hari. Hal ini kerana, Islam mengajar kebersihan sebagai sebahagian daripada iman, maka amat penting untuk menjaga kebersihan persekitaran.

Baca juga: AWAS Elak Litar Pintas, Pengguna Perlu Tahu 4 Jenis Wayar ‘Extension’ Ini Beza Fungsinya!

TIPS KEMAS RUMAH BULAN PUASA

tips kemas rumah

Gambar: istock

Jom, lihat beberapa tips membersihkan rumah ketika berpuasa supaya anda tidak mudah penat dengan lebih terperinci!

Baca juga: Cara Cuci TINGKAP NAKO Lejen, Stail Rumah Lama Banyak Pasang Jenis Ni!

1. Menjadualkan kerja rumah

Menjadualkan kerja rumah membolehkan anda melakukannya dengan teratur. Ini membolehkan anda berehat pada masa-masa tertentu.

Pekerjaan yang diselesaikan lebih cepat daripada jadual akan memberikan anda masa untuk melakukan kerja seterusnya. Mulakan dengan membersihkan bahagian yang mudah dicapai supaya tenaga tidak cepat habis.

2. Mengemas selepas waktu sahur

Mengemas rumah selepas sahur adalah masa cukup penting kerana anda masih mempunyai banyak tenaga selepas bersahur.

Boleh mulakan dengan perkara-perkara ringan seperti mencuci pinggan mangkuk, menyapu, mengemop hingga mencuci pakaian. Aktiviti ini tidak perlu diselesaikan selepas sahur, tetapi untuk meringankan kerja supaya tidak membebankan pada siang hari dan petang.

3. Lakukan bersama ahli keluarga

Bagi mengurangkan beban, anda boleh meminta ahli keluarga untuk membantu membersihkan rumah bersama-sama. Dengan cara itu, kerja akan menjadi lebih ringan dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

4. Membersihkan rumah dengan segera

Mengemas rumah semasa berpuasa kadangkala terasa sukar kerana ia boleh menghabiskan banyak tenaga.

Namun, jangan sesekali berlengah membersihkan rumah sekiranya terdapat habuk atau barang yang bertaburan. Bersihkan dengan segera supaya kotoran tidak terkumpul dan tidak menggunakan tenaga tambahan.

5. Membuat jadual cuci pakaian sepanjang bulan puasa

tips kemas rumah

Gambar: stefamerpik

Salah satu kerja rumah yang tidak berkesudahan ialah mencuci pakaian. Hampir setiap hari baju kotor berlonggok dalam bakul menunggu untuk dicuci.

Semasa berpuasa, kadangkala membasuh baju terasa berat dan memenatkan, lebih-lebih lagi jika sudah bertimbun. Bagi mengatasinya, anda boleh menjadualkan mencuci pakaian secara berkala sepanjang Ramadan.

6. Mulai dari atas ke bawah sewaktu membersihkan rumah

Siling rumah merupakan salah satu kawasan yang jarang diberi perhatian oleh pemilik rumah. Akibatnya, akan terdapat banyak habuk dan sarang labah-labah yang hinggap di atas.

Anda boleh mula membersihkan dari atas supaya kotoran jatuh ke lantai. Ini akan memudahkan anda menyapu atau menyedutnya dengan pembersih vakum.

Baca juga: “Rumah Mahal Tapi Kotor…”- Ingat Pesan Mak Bila Kemas Rumah Macam Ini Caranya

7. Gunakan alatan pembersih elektronik

Anda boleh menggunakan alatan pembersih elektronik untuk membersihkan rumah bagi meringankan tenaga semasa berpuasa.

8. Buat skala keutamaan untuk menyeterika pakaian

Bagi memudahkan ibadah puasa, eloklah diasingkan pakaian berdasarkan keutamaan dan jangan dibiarkan berlonggok di dalam bakul. Agar anda tak perlu susah-susah untuk menggosok kesemua baju kerana tiada kedutan.

9. Dengarkan muzik kegemaran saat membersihkan rumah

Muzik telah terbukti dapat menenangkan fikiran dan meningkatkan mood semasa bekerja. Aktiviti pembersihan rumah boleh dilakukan sambil mendengar lagu kegemaran anda melalui pembesar suara atau fon telinga.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!

Sumber: Pop Mama

FT Image: queenmoonlitestudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×