Deko & Hias

4 Kaedah Betul & Mudah Basuh Bantal, Ikut Kategori Kotoran Mana Satu Yang Ada!

4
SHARES
cara basuh bantal

Sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.

Bayangkan saja jika noda-noda di bantal ini dibiarkan dalam waktu lama, tentu saja akan menjadi sarang kuman. Tidur nyenyak anda akan menjadi ancaman kepada kesihatan kerana banyaknya kuman dan bakteria yang melekat.

Baca juga: Cara Mudah Cuci Dinding Bilik Air Banyak Kotoran Degil Tanpa Perlu Sental, Tips Ahli Kimia!

CARA BASUH BANTAL

cara basuh bantal

Gambar: sobelathome

Walau bagaimanapun, membersihkan noda-noda ini kadang-kadang sukar dan masih ada yang melekat. Namun jangan risau, ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.

Tetapi perlu diingat, sebelum membersihkan dengan cara ini, pastikan anda telah membaca panduan pembersihan produk supaya tidak rosak ya. Bagi butiran lanjut, mari lihat 4 tips seperti dinyatakan di bawah:

Baca juga: 5 Tanda Awal ‘Power Steering’ Kereta Ada Masalah, Patutlah Rasa Berat Bila Nak Belok!

1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam

Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.

2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit

Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.

Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.

Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.

Baca juga: Tips Cuci Sinki ‘Stainless Steel’ Berkerak Hitam Akibat Terkena Asid Pencuci, Guna 2 Benda Je!

3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu

Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.

Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.

Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.

4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih

Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.

Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.

  1. Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
  2. Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
  3. Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
  4. Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
  5. Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
  6. Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.

Baca juga: Suami Tunjuk ‘Skill’ Guna Meja Jepun Panjangkan Katil, Persediaan Sambut Anak Tak Lama Lagi!

Sumber: Tribun News

FT Image: Ellyy/Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×