Deko & Hias

Ajaib! Hanya Guna Sabun Ini Sahaja, Baju Putih Lusuh & Kotor Terus Putih Bersih!

75
SHARES
cara putihkan baju putih

Sesi persekolahan hampir tiba. Nak buang baju sekolah lama, rasa sayang ia masih elok lagi. Oleh kerana, tidak tahu cara putihkan baju putih yang telah lusuh dan terdapat kotoran degil, maka haruslah beli baru.

Kini, anda tak perlu risau lagi kerana penulis telah menjumpai satu tips yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Seperti tips dari Puan Zakiah Hassan, yang berkongsikan cara membasuh baju putih tanpa perlu menyental teruk. Jom lihat!

Baca juga: “Geramnya! Cepat Betul Rumput Ni Panjang.”- Ini 7 Panduan Guna Mesin Rumput Bila Potong Sendiri!

BASUH BAJU PUTIH TANPA TERUK MENYENTAL

cara putihkan baju putih

Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka, kurang sedikit otot lengan MR hahaha. Selamat mencuba!

CARA PUTIHKAN BAJU PUTIH

cara putihkan baju putih

BAHAN-BAHANNYA:

Bahan utamanya adalah jenis sabun-sabun ini, anda boleh pilih salah satu.

  • Sabun A1 (beli dekat kedai Eco) 
  • Sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin) 
  • Sabun Kilat (ada di NSK)

Kemudian bersama bahan-bahan di bawah ini:

  • Sabun di atas (pilih salah satu).
  • Sabun mandi palmolive/may pun boleh.
  • Sabun basuh baju (cecair atau serbuk).
  • Air.

CARA-CARANYA:

cara putihkan baju putih

1. Nak guna mesin basuh atau basuh tangan pun boleh.

2. Masukkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.

3. Letakkan sabun basuh biasa.

4. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

5. Kemudian, masukkan air.

6. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).

7. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Lepas itu, jangan lupa masukkan juga ke dalam mesin.

8. Tutupkan mesin basuh.

9. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung melihatkan kebersihannya.

Sumber: Facebook Zakiah Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×