Nak beli baju secara atas talian, tapi tak tahu muat ke tak. Bila ukur, rupanya salah teknik! Alih-alih yang sampai baju salah saiz dan tidak dapat digunakan. Untuk mengelakkan kerugian dan perkara sama berulang lagi, hari ini penulis kongsikan cara ukur baju dengan mudah. Barulah yakin nak beli baju online. Betul tak?
Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!
CARA UKUR BAJU DENGAN MUDAH, BARU TAK SALAH SAIZ
1. BAHU
Diukur di bahagian belakang daripada tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA
Diukur keliling dada dari belakang sehingga melalui mercu dada.
3. PINGGANG BAJU
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. PINGGANG KAIN
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai low waist, ukur dibahagian tersebut
5. PUNGGUNG
Ukuran diambil daripada puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain di bahgian perut.
6. LABUH LENGAN
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. LEHER
Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.
8. LABUH BAJU
Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada sehingga labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket atau singkat.
9. LABUH KAIN
Ukur daripada pinggang kain terus ke lantai atau bawah tapak kaki. Pastikan anda tidak memakai kasut. Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan sedikit ukurun untuk tumit.
10. LABUH JUBAH
Ukur daripada bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada sehingga labuh yang dikehendaki.
Pastikan ukur betul-betul ya. Kalau terlalu kecil atau besar, menangis nanti!
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.
Baca juga: Alamak! Bra Tak Basuh Dah 5 Hari, Boleh Ke Pakai Banyak Kali?
Sumber: Facebook Ida Ismail