40 Minggu

4 Tips Pilih Kasut Ketika Hamil, Barulah Kaki Tak Bengkak & Jalan Pun Selesa!

93
SHARES

“Mengandung ni elok ke pakai kasut tumit tinggi ya..?Boleh sebabkan cedera ke?”

Pemilihan kasut sangat penting kerana ia merupakan pelindung kaki dan memberi keselesaan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan kaki anda boleh menyebabkan mudah cedera terutamanya buat ibu-ibu yang hamil. Jadi, ini 4 panduan memilih kasut yang sesuai untuk para ibu hamil supaya selesa menjadikan postur badan lebih seimbang.

TIPS PILIH KASUT SEMASA HAMIL

Secara fizikal apabila kandungan anda semakin membesar, saiz kaki juga mungkin akan berubah. Selain itu, anda juga perlu memilih kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah. Paling penting pastinya kasut itu selesa.

1.KESELAMATAN

Anda perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan anda daripada mudah tergelincir semasa berjalan.

2.FLAT ATAU BERTAPAK RENDAH

Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ia lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga kerana ketika ini kebanyakan wanita hamil akan berasa sukar untuk menseimbangkan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.

3.SELESA

Cari kasut yang selesa dipakai. Kasut yang bertapak lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya anda selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya anda benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.

4.SLIP ON

Kasut jenis ini lebih mudah disarung berbanding yang bertali terutama apabila perut semakin membesar.

Bagaimanapun kehamilan tidak menghadkan anda daripada memilih kasut yang sesuai mengikut cita rasa, masa dan aktiviti yang sedang dilakukan. Anda masih boleh bergaya dengan pelbagai rekaan kasut yang ada di pasaran asalkan sesuai dan selesa untuk wanita hamil.

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×