DIY & Kraf

5 Cara Besarkan Kasut, Jimat Duit Tak Perlu Beli Baru!

14
SHARES
cara besarkan kasut

Saiz kaki agak mencabar untuk kita tentukan terutamanya jika membeli kasut secara online. Pasti ada sahaja masalah seperti terlalu kecil atau terlebih besar. Kalau anda mempunyai masalah kasut terlalu kecil, terdapat beberapa cara besarkan kasut yang  boleh dicuba. Jangan dibuang, rugi sahaja. Mari kami kongsikan.

Baca juga: Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat & Rujukan Carta Saiz. Barulah Tak Silap Beli Online

5 CARA BESARKAN KASUT, JIMAT DUIT TAK PERLU BELI BARU

cara besarkan kasut

1. GUNA UBI KENTANG

Kentang merupakan lebih daripada sekadar hidangan makanan kerana ia juga boleh digunakan untuk membesarkan kasut. Wah! Macam mana tu? Mudah sahaja. Anda hanya perlukan:

  • Kentang
  • Pengupas
  • Pisau
  • Tisu

Cara-cara:

  • Kupas kulit kentang dan bentukkan mengikut kasut dan biarkan di atas kasut anda.
  • Biarkan ia semalaman. Bungkus kentang tisu kering agar pati kentang tidak masuk ke dalam kasut.
  • Keluarkan pada waktu pagi dan lap kasut sehingga bersih.

2. BEKUKAN KASUT DALAM PETI AIS

Untuk meregangkan kasut bukan kulit, cari beg kunci zip plastik dan isi dengan air. Letakkan di dalam kasut dan pastikan ia menekan pada tempat yang paling ketat.

Masukkan semuanya ke dalam peti sejuk semalaman. Apabila air membeku, ia berubah menjadi ais dan mengembang sehingga menyebabkan kasut meregang. Cara ini tidak sesuai untuk kasut kulit. Boleh rosak nanti.

3. GUNA ADJUSTABLE SHOE TREES

Ia berfungsi menjadikan kasut lebih panjang dan lebih luas. Teknik ini sesuai untuk kasut kulit dan kasut tenis. Gunakan adjustable shoes untuk memanjangkan hingga ukuran yang dikehendaki.

4. GUNA  STOKING TEBAL

Cari stoking paling tebal untuk dipakai. Kemudian ambil pengering rambut dan suhu sederhana, halakan ke kasut selama 30 saat untuk mengelakkan kerosokan pada kasut.

5. SEMBURAN KASUT

Semburan pembesar kasut boleh didapati di kedai kasut. Semburan kasut berfungsi untuk membesarkan kasut. Cara penggunaan juga mudah sahaja. Sembur dan biarkan ia sehingga kering.

*Selamat mencuba, cuba dulu baru beli kasut baharu ye.

Sumber: Tips Bulletin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×