Setiap kali keluar membeli-belah, mak ayah pasti tak akan terlepas pandang untuk membeli sesuatu buat anak-anak kan? Salah satu item yang selalu dibeli adalah sepasang kasut baharu buat mereka namun, secara tiba-tiba kasut bila dibawa ke rumah ‘membesar’ pula! Jangan panik, rupanya anda boleh mencuba tips untuk kecutkan kasut supaya kembali ke saiz yang diinginkan.
Baca juga: Baru Tahu Uncang Teh Rupanya Boleh Dipotong Dua, Jimat!
KASUT GETAH ANAK BESAR?
Menurut perkongsian dari Tiktok, seorang ibu berkongsikan video memaparkan tips untuk kecutkan kasut getah anak supaya kembali ke saiz asal! Menarik!
1.Didihkan air.
2.Tuangkan ke dalam besen yang sudah diletakkkan kasut Crocs getah tersebut.
3.Rendam selama beberapa minit.
4.Tekan-tekan selipar tersebut.
5. Selepas beberapa minit dan anak dah boleh pakai!
@dahliasofya
“BOLEH CUBA!”
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu bapa yang teruja untuk mencuba tips yang dikongsikan. Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsikan idea, teknik lain yang boleh ibu bapa cuba dan elakkan dari kasut getah mengecut.
Sumber: Tiktok @dahliasofya