Dapur

Baru Tahu Uncang Teh Rupanya Boleh Dipotong Dua, Jimat!

99
SHARES

Minuman seperti teh dan kopi sudah menjadi kebiasaan untuk diminum oleh rakyat Malaysia di waktu pagi tambah pula untuk orang-orang tua. Dihidangkan pula dengan sepinggan nasi lemak, hirup teh panas memang mengasyikkan!

Kebiasaanya, anda akan membancuh teh dengan menggunakan teh uncang dan digunakan secara keseluruhan. Tapi, baru-baru ini ada sebuah video viral yang memaparkan bahawa teh uncang ini sebenarnya boleh dibahagi dua supaya anda dapat jimat! Betul ke?

Baca juga: [FOTO] Wanita Kongsi Koleksi Menu Bekal Kerja Dapat 13k Shares, Semua Macam Di Kampung!

BARU TAHU UNCANG TEH BOLEH DIPOTONG DUA?

Menerusi paparan video tersebut, pemilik akaun juga menyatakan bahawa dia juga baru mengetahui bahawa uncang teh boleh dipotong dua selama 32 tahun hidup.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, ambil uncang teh kemudia koyakkan bahagian tengah dengan berhati-hati. Kemudian, gunakan gunting untuk potong bahagian tengah uncang teh supaya dapat dua bahagian. Jimat cara ni!

“BARU AKU TAHU..”

Menjengah ke ruangan komen juga, ramai dalam kalangan pengguna Tiktok yang baru mengetahui tentang hal ini. Bahkan ada yang ingin terus ke kedai membeli uncang teh kerana ini mencuba teknik ini.

Sumber: Tiktok @niaminoo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×