DIY & Kraf

Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat & Rujukan Carta Saiz. Barulah Tak Silap Beli Online

491
SHARES
cara ukur saiz kasut budak

“Eh, berapa saiz kasut untuk umur 3 tahun ni? Dekat kasut tengok nombor lain, dekat sini lain pulak saiznya. Macam mana cara ukur saiz kasut anak ni ye?”

Mesti ada mak ayah yang tak pasti saiz kasut anak anda berapa kan?

Ada yang fobia nak beli kasut anak online sebab tersalah saiz. Frust sangat sebab dah lama tunggu design tu dan harga pun boleh tahan mahal kan.

Kalau kita yang dewasa ni, jaranglah saiz kasut tu berubah-ubah. Tapi budak-budak yang tengah membesar ni kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli tu tak terlalu kecil atau terlalu besar.

Di sini kami kongsikan cara paling mudah dan tepat ukur kaki anak anda dulu sebelum membeli kasut yang dikongsikan oleh penjual kasut sendiri.

Cara Ukur Saiz Kasut Budak Dengan Tepat & Mudah

Ini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.

1. Lukis kaki anak di atas kertas.

Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.

cara ukur saiz kasut anak

2. Ukur

Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?

Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.

carta saiz kasut budak uk

Foto Kredit: Zuk Zuhaiza

3. Tambah 1 cm

Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!

Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.

3. Rujuk Carta Saiz

Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.

Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.

Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.

Cara Alternatif

Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.

Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.

P/S: Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.

cara ukur saiz kasut budak

Foto Kredit: Kasut Budak Bundle Sakeenah

Ok mudah kan?

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.

Jadi lepas ni taklah takut-takut nak beli kasut anak online lagi kan?

Jom kongsikan pada semua jika anda rasa ia bermanfaat.

Baca juga: Cara Basuh Baju Putih Tanpa Menyental. Tetap Macam Baru Walau Dah Berkali Pakai!

Terima kasih!

(*Kredit info & gambar: Zuk Zuhaiza & Kasut Budak Bundle Sakeenah)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×