Susahnya untuk membeli kasut terutamanya kasut anak-anak secara online bukan? Mana tidaknya, apa yang diukur sebelum membuat pembelian mesti akan berlainan dengan apa yang sampai. Maka, cara ukur saiz kasut dengan betul harus dipraktikkan supaya duit tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.
Jadi, kalau tak mahu selalu stres tersalah pilih saiz kasut anak-anak yang dibeli secara online, pastikan anda menggunakan 4 cara yang betul ini.
Baca juga: Cara Paling Mudah Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut, Hanya Guna Tisu Dapur!
CARA UKUR SAIZ KASUT ANAK SEBELUM BELI ONLINE
Ini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan lepas itu kita tekapkan saja.
2. Ukur
Bila dah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 cm
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau! Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.
Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!
Sumber: Zuk Zuhaiza