DIY & Kraf

5 Cara DIY Pembersih Cermin Guna Bahan Di Rumah Je, ‘Confirm’ Berkilat!

103
SHARES
DIY pembersih cermin

Kalau ada cermin di rumah sudah pasti akan menjadi kotor. Rasa macam waktu pagi dah cuci dan lap tapi malam kotor semula. Cepat betul kotornya! Sabar, apa kata anda cuba DIY pembersih cermin sendiri dengan menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja.

Sudah pasti selamat dan tidak beracun seperti alat pembersihan di luar yang tinggi dengan bahan kimia dan bahaya untuk anak-anak di rumah. Berikut adalah lima cara untuk membancuh sendiri pembersih tingkap anda. Mudah dan cepat!

Baca juga: Teknik Betul Sental Periuk Berkarat, ‘Confirm’ Berkilat Macam Baru Beli

DIY PEMBERSIH CERMIN GUNA BAHAN DI RUMAH SAHAJA, MURAH!

DIY pembersih cermin

1.  DIY PEMBERSIH KACA BEBAS STREAK

  • ¼ cawan cuka putih *anda juga boleh menggunakan cuka epal.
  • 1 sudu tepung jagung
  • 2 cawan air
  • 10 titis minyak pati (lemon, oren, atau lavender berfungsi paling baik)

Dalam botol semburan kaca, satukan semua bahan. Goncangkan supaya larutan dicampur dengan baik. Pastikan tepung jagung larut sepenuhnya kerana akan menyebabkan muncung botol tersembut. Semburkan larutan di tingkap dan lap sehingga bersih.

2. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA CUKA

Isi botol semburan kaca dengan semua bahan dan goncangkan hingga sebati. Semburkan larutan di tingkap anda dan bersihkan dengan kain fiber.  Sekiranya tingkap anda kotor, basuh dengan air sabun untuk menghilangkan kotoran.

3. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA JUS LEMON

  • 1 sudu besar jus lemon
  • Air suam 1-liter

Campurkan air suam dan jus lemon dan tuangkan ke dalam botol semburan kaca. Semburkan tingkap dengan larutan dan lap kering dengan kain lembut sehingga bersih.

4. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA AMMONIA DAN TEPUNG JAGUNG

  • 1/2 cawan ammonia
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 liter air suam

Masukkan air suam, tepung jagung, dan ammonia ke dalam botol semburan kaca. Gunakan surar khabar sewaktu mengelap untuk mencegah calar. Lap tingkap dengan bersih, pastikan anda mengelap ke satu arah untuk tingkap lebih berkilat.

5. PEMBERSIH TINGKAP KERETA BUATAN SENDIRI

  • 1 cawan air
  • 2 sudu cuka putih suling

Dengan menggunakan corong, isi air ke botol penyembur kaca. Seterusnya, masukkan cuka. Goncangkan dan semburkan larutan di tingkap kereta menggunakan kain fiber.

Mudahkan? Semua alatan ada di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Tips Bulletin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×