Asuh

Ibu Kongsi Cara DIY Play Doh, Guna 3 Bahan Memang Jimat Duit

4
SHARES

Cuti sekolah atau hujung minggu memang seronok kalau dapat meluangkan masa bersama anak-anak membuat aktiviti berfaedah seperti bermain play doh atau tanah liat. Selain membelinya di kedai, ibu bapa juga boleh cuba DIY sendiri sahaja.

Banyak cara di internet boleh anda cuba tetapi cara yang dikongsi oleh ibu bernama Natrah Mohd Isa ini sangat mudah dan hanya memerlukan 3 bahan utama untuk menghasilkan play doh. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat…

Baca juga: Cara DIY Papan Kalendar Untuk Anak, Tiap Tahun Boleh Guna Semula!

IBU KONGSI CARA DIY PLAY DOH, GUNA 3 BAHAN MEMANG JIMAT DUIT

play doh

Masa PKP cuba buat DIY pasir, kali ni cuti sekolah memang tak kemana sebab nak fokus pada aktiviti bersama Aisyah dan Maryam. Jom DIY cloud dough. Senang sahaja dan guna 3 bahan. 

Bahan-bahan:

1. Lotion (Boleh beli lotion murah-murah je)

2. Tepung jagung

3. Pewarna makanan

play doh

Cara penyediaan:

– Masukkan lotion dulu, kemudian baru tepung, gaul-gaul, baru titik pewarna beberapa titik.

– Sukatan ni sebenarnya atas kita nak lembut dan puas hati macam mana.

– Bila dia dah tak melekat-lekat tu maknanya dah siap!

play doh

Selamat mencuba ye! Boleh la anak-anak main dengan mainan masak-masak yang sedia ada. Wangi tau doh ni. Hati-hati jangan sampai masuk mulut dan makan ye.

Sumber: Facebook Natrah Mohd Isa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×