Baru-baru ini terdapat kes apabila satu keluarga dikejarkan ke hospital gara-gara termakan cendawan beracun. Oleh itu, pengetahuan tentang cara kenalpasti jenis cendawan sama ada ia jenis beracun atau tidak sebenarnya adalah sangat penting.
Tidak semua jenis cendawan boleh dimakan ya! Walaupun ketika musim hujan banyak cendawan tumbuh, pastikan cendawan yang dimakan di restoran juga bukan tergolong dalam jenis yang beracun juga!
Baca juga: Ahli Keluarga Masuk Hospital Gara-Gara Makan Cendawan Beracun, Bahaya!
CARA KENALPASTI CENDAWAN BERACUN, JANGAN TERMAKAN!
Musim hujan ini banyak cendawan yang tumbuh di sekitar rumah.. hati hati jangan petik cendawan yang tidak diketahui dan terus makan.
Antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah jenis Chlorophyllum Molybdites kerana sama seperti Cendawan Busut. Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan:
1. Loya, muntah dan cirit birit.
2. Celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.
3.Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).
4. Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.
-Antara langkah yang boleh di lakukan adalah dengan mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak di ketahui.
-Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli dari pembekal komersil.
Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pengguna Facebook yang memberi tips untuk mengetahui sama ada cendawan beracun atau tidak. Dengan menggunakan kunyit, jika tabur serbuk kunyit atas cendawan ini, serbuk kunyit akan berubah warna jadi hijau itu tanda ianya beracun.
Sumber: Public Health