Famili

Ahli Keluarga Masuk Hospital Gara-Gara Makan Cendawan Beracun, Bahaya!

13
SHARES

Cendawan merupakan antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dimasak. Selain cendawan tiram, ada juga cendawan lain yang tumbuh di dalam hutan dan boleh dimakan.

Walau bagaimanapun, perlu lebih berhati-hati kerana boleh menyebabkan keracunan seperti perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Nurul. Kisah ini terjadi apabila ahli keluarganya makan cendawan beracun sehingga menyebabkan mereka dikejarkan ke hospital.

Baca juga: Jangan Tersalah Beli, Rupa-Rupanya Ada Bunga Lawang Beracun!

AHLI KELUARGA MASUK HOSPITAL GARA-GARA MAKAN CENDAWAN BERACUN

Menurutnya, dia menerima berita kecemasan itu pada jam 3 petang dan dimaklumkan keadaan adik perempuan dan anak-anaknya dalam keadaan kritikal. Dia dan ibunya bergegas pergi ke klinik kesihatan tersebut dan melihat keadaan mereka yang sedang bergolek-golek menahan kesakitan.

Jam 3 petang kami dapat berita bahawa sekeluarga mereka telah keracunan cendawan, keadaan kritikal dan berada di klinik kesihatan. Mokcik pun apalagi, sepantas kilat capai kunci kereta. Bersama mok bonda ke klinik kesihatan. Sampai di klinik kesihatan terlihat ambulans kat depan. Hati ni berkata adik ada kat dalam tu. Bila mok bonda check memang betul. Semuanya dah lembik. Dah masuk air.

Jelasnya lagi, mereka hanya termakan 4 kuntum cendawan beracun dan racun cendawan tersebut merebak dengan cepat sekali sehingga menyebabkan keadaan diri lemah-longlai dan perut seperti panas serta terbakar.

Hanya dengan 4 kuntum cendawan beracun je. Perut mereka terasa panas dan terbakar. Isi perut dimuntahkan terus. Sehingga tiada apa pun lagi makanan yang ada. Akhirnya dimuntahkan pula darah. Dengan buih-buih di mulut mereka. AllahuRabbi.

Adik perempuan dan 4 orang anaknya ada kat dalam. Sakit teramat. Muntah tak henti. Allah je tahu perasaan mokcik time tu. Adik perempuan dah tak larat sangat-sangat dah tu. Mokcik pimpin dia untuk ke tandas. Terasa badannya tu ringan nak jatuh je. 

KEADAAN SEMAKIN STABIL & DIMASUKKAN KE WAD

Nurul juga meluahkan rasa syukur kepada para petugas kesihatan kerana bersusah payah dalam memastikan keselamatan adiknya terjamin. Mereka semua dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan susulan.

Keadaan mereka kritikal. Bila adik perempuan mokcik sampai mokcik tengok para doktor berusaha sebaiknya. Mokcik dan mok bonda tidak berganjak. Kami tetap di situ sehinggalah jam 12 tengah malam. Kami tunggu results yang positif dan Alhamdulillah Syukur Ya Allah, Allah kurniakan keajaiban.

Keadaan kesemuanya dah stabil dan akan dimasukkan ke wad. Sujud syukur mokcik dan Mok Bonda. Hanyalah Allah tahu perasaan kami masa tu. Semoga kita semua beringat. Gambar dibawah tu adalah cendawan yang mokcik snap pagi tadi masa ke rumah adik dan gambar itu adalah gambar anak perempuan nya yang dah stabil setelah bermuntahkan darah.

*Kena lebih berhati-hati lepas ni.

Sumber: Facebook Nurul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×