Famili

Keluarga Mentua Punca Rumah Tangga Retak, Ini Cara ‘Heret’ Mereka Ke Mahkamah Syariah

1
SHARES
GANGGU RUMAH TANGGA

Sebelum ini, penulis ada kongsikan cara untuk membawa orang ketiga dalam perkahwinan ke mahkmah. Kali ini, sekiranya anda menghadapi masalah keluarga atau mentua ganggu rumah tangga sehingga bercerai, mereka juga boleh dibawa ke muka pengadilan.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh peguam syarie dikenali sebagai Amalina Adam di laman TikToknya. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Doa Untuk Suami Tersayang Daripada Seorang Isteri, Tak Ternilai Dengan Harta BendaJ

MENTUA GANGGU RUMAH TANGGA, INI CARA BAWA KE MAHKAMAH

GANGGU RUMAH TANGGA

Menurut Amalina Adam, sesiapa sahaja tidak kisah mentua, ipar duai, adik beradik dan lain-lain yang ganggu rumah tangga sehingga berlaku penceraian, maka mereka boleh dikenakan tindakan.

Amalina Adam turut meminta mana-mana individu yang pernah ‘dikacau’ oleh keluarga mentua atau ipar duai agar membuat laporan segera di Jabatan Agama Islam Daerah masing-masing.

Sekiranya anda ingin mendakwa mereka di Mahkamah Syariah, pastikan segala bukti mencukupi dan mengikut syarat yang ditetapkan.

“Mentua, ipar duai, ipar, adik beradik dan sebagainya sekiranya anda menjadi penyebab utama berlakunya keretakan rumah tangga atau menjadi penganggu rumah tangga sehingga memporak-perandakan rumah tangga suami dan isteri tersebut, maka anda boleh dikenakan tindakan dan akan didakwa di Mahkamah Syariah,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata sudah ada yang mengenakan tindakan kepada keluarga mentua kerana mengganggu rumah tangganya.

“Saya dah buat. Keluarg mentua kena bayar RM3,000. Saya tak kisah dia nak cakap saya menantu derhaka. Saya dah serik dengan dia,” luah pengguna media sosial

Baca juga: Nasihat Rumah Tangga Daripada Neelofa & Nora Danish Tarik Perhatian Netizen, Ramai Belum Faham…

Sumber: TikTok Lawyer Amalina Adam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×