Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan pelakon popular tanah air iaitu Noor Neelofa dan Nora Danish memberi nasihat rumah tangga kepada orang ramai.
Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai kerana setiap pesanan yang diberikan ‘menusuk’ ke hati pengguna media sosial. Jelas Nora Danish, perkahwinan bukan sekadar soal cinta kerana semuanya bermula daripada Allah SWT.
Baca juga: “Bagi Online, Baru Ada Bukti” – Syamsul Debat Pesan Jangan Beri Nafkah Cash, Bila Bergaduh Susah!
NASIHAT RUMAH TANGGA DARIPADA NORA DANISH & NEELOFA
“Bila kita kahwin kerana cinta, cinta itu yang akan melukakan anda. Kalau kita kahwin kerana Allah, jalan menuju ke Allah itu lebih indah.
“Kalau kita kahwin kerana cinta, cinta pada manusia itu tidak akan kekal,” kata Nora.
Juara Dewi Remaja 2009/10, Neelofa turut menambah bahawa dia sering memberi nasihat kepada adiknya yang belum berkahwin agar mencari pasangan yang memahami tentang tanggungjawab.
“Saya selalu pesan dekat adik saya, nak pilih suami kena pilih yang tahu tanggungjawab dia sebagai hamba Allah dan tanggungjawab dia sebagai bakal suami nanti. Kalau dia faham tentang tanggungjawab, banyak benda akan mudah,” ujar Neelofa.
Tambahnya juga, bukan rupa paras dan jenis pekerjaan yang menjadi keutamaan tetapi kefahaman dalam menggalas tanggungjawab.
“Masa saya kenal PU Rizz, jarak umur kami adalah 6 tahun. Masa itu dia masih lagi belajar dan buat kerja lain juga. Namun, jauh di sudut hati saya, saya tahu dia faham apa patut dia buat. Dia faham tanggungjawab dia sama macam ayah dia pimpim keluarga. InsyaAllah,” ujar Neelofa.
Perkongsian video berdurasi kurang dua minit itu sudah pastinya menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut bersetuju dengan nasihat rumah tangga kedua-dua pelakon jelita itu.
“Setuju dengan Neelofa dan Nora Danish. Kahwin sebab Allah dan pilih suami sebab cinta adalah nombor dua. Tanggungjawab itu yang utama,” komen pengguna media sosial.
Baca juga: Sekufu Dalam Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam, Bukan Hanya Pada Harta Sahaja!
Sumber: TikTok Reah Zahra