Cantik

DIY Ais Kiub Limau Purut Untuk Rawatan Rambut Gugur Yang Paling Mujarab, Sapu Je!

17
SHARES
rawatan rambut gugur

Sudah bermacam-macam rawatan rambut gugur telah dicuba, tapi masih sama sahaja keadaan rambut yang hidup segan mati tak mahu ini! Macam mana kaum lelaki dan wanita yang tidak bertudung mahu kelihatan segak bila keluar kalau rambut pun nipis? Jangan risau, ada solusinya dengan menggunakan bahan-bahan dapur sahaja.

Mungkin anda pernah mendengar bahawa penggunaan santan dikatakan sangat bagus untuk rambut dan kulit kepala. Namun, bukan hanya santan semata-mata kerana anda boleh gabungkan dengan buah limau purut yang akan memberikan hasil yang maksima. Jom cuba!

Baca juga: Selama Ini Rambut Gugur Teruk Sebab Salah Teknik Shampoo, Tukar Ke 3 Cara Ini Pula

RAWATAN RAMBUT GUGUR BOLEH GUNA KIUB BUAH LIMAU PURUT

rawatan rambut gugur

1.Pertama sekali, potong kecil-kecil beberapa biji buah limau purut itu. Hati-hati ya takut terkena pisau nanti bercampur darah pula.

2. Kemudian, masukkan limau purut yang sudah dipotong dan 1 mangkuk santan ke dalam blender.

P/s : Disarankan untuk guna santan asli dari santan kotak itu. Kalau ikut petua, lebih berhasil tapi kalau susah, tidak mengapa.

3. Seterusnya, anda kisarlah limau purut dengan santan tadi tu sampai jadi halus macam ini. Goncang-goncang sikit blender kalau mixture tu degil, confirm ada yang tersekat dekat bawah bilah blender tu.

4.Kalau dah halus-halus, bolehlah masukkan dalam bekas ais kiub.  Recommended untuk pakai bekas yang lebih besar supaya boleh muat banyak

5. Kemudian, dah boleh sejukkan dalam freezer!

6.Tadaaa!! Akhirnya dah siap Ais Kiub Limau Purut selepas dibekukan lebih kurang 3 jam. Jadi, boleh guna ais kiub ini dan sapu-sapu dekat kulit kepala yang bermasalah. Especially area rambut yang hidup segan mati tak mahu.

rawatan rambut gugur

*Selamat mencuba semua, seeloknya disapu ais kiub limau purut ini pada kulit kepala selepas dilap guna tuala. Masih lembap-lembap dan bilas semula.

Baca juga: Petua Orang Lama Untuk Putihkan Gigi, Tak Sangka Hanya Campur Limau Nipis Saja!

Sumber: Twitter @Letspettua, @ahmadhunain_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×