Inspirasi

Bayi Viral Rambut Tebal Kini Wajah Baharu Iklan Shampoo Antarabangsa

6K
SHARES

“Comelnya baby ni, rambut dia tebal, hitam dan bersinar pula tu! Apa rahsianya ye?”

COMELNYA BABY CHANCO!

Masih ingatkah anda seorang bayi yang pernah viral di internet kerana mempunyai rambut yang tebal, hitam dan bersinar? Baby Chanco yang berasal dari Kyoto, Jepun ini ‘mengejutkan’ orang ramai dari serata dunia dengan ketebalan rambutnya yang setanding dengan orang dewasa.

Baby Chanco yang berusia genap 1 tahun pada 23 Disember lepas kini mempunyai lebih dari 380 ribu pengikut di laman Instagramnya! Ramai orang ingin mengetahui perkembangan si kecil comel ini dan mahu juga melihat perkembangan rambutnya yang cantik itu.

WAJAH BAHARU SHAMPOO PANTENE

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Baby Chanco juga telah dilantik menjadi salah seorang wajah baharu iklan shampoo terkenal antarabangsa iaitu Pantene. Ini menjadikan Baby Chanco merupakan model dan spokeperson termuda dan tercilik di dunia.

Selain menjadi wajah baharu iklan Pantene, Baby Chanco juga terlibat dalam salah satu filem pendek di bawah Pantene yang bertajuk ‘ The Hairy Tale’ yang membawa mesej kepada orang ramai bahawa ‘it’s okay to be different’.

Baby Chanco yang mula viral dan popular di serata dunia pada tahun lepas ini juga mendapat perhatian majalah antarabangsa seperti People Magazine, Allure Magazine dan Marie Claire. Oleh itu, kami sajikan gambar-gambar kecomelan Baby Chanco ini untuk anda semua. Mana tahu, ada yang terkenan anak dapat rambut macam ini kan?

TEBALNYA RAMBUT DIA!

*Geramnya tengok rambut Baby Chanco!

Sumber : Washington Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×