Sihat

Telinga Bau Busuk Jangan Disangka Benda Biasa, Rupanya 5 Sebab Ini Boleh Bawa Mudarat!

2
SHARES
telinga bau busuk

“Setiap kali buka tudung mesti ada macam bau pelik dan busuk dari tepi telinga. Telinga bau busuk normal ke?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa telinga pun boleh berbau busuk. Bukan sahaja berbau, situasi ini juga akan menyebabkan telinga anda sakit dan tidak selesa. Macam mana nak hilangkan?

Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan telinga anda berbau busuk. Risau juga kalau nak bercakap rapat dengan orang, bau pula telinga dari tepi kan?

Baca juga: Ada Benjolan Misteri Di Ketiak, Bukan Sebab Kanser Payudara Je Tapi 9 Penyakit Ini Juga..

TELINGA BAU BUSUK, KENAPA YA?

telinga bau busuk

Kotoran telinga berbau mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan, sesuatu ‘termasuk’ ke dalam telinga anda, atau keadaan perubatan dan jenis ubat.

Terdapat beberapa punca kotoran telinga berbau. Biasanya simptom lain juga ada, dan ia boleh membantu anda mendapatkan punca masalah.

1.Najis telinga berlebihan

Kotoran telinga yang berlebihan boleh menyebabkan rongga telinga tersumbatan. Oleh kerana tersumbat, najis telinga yang berlebihan mungkin akan menjadi berbau. Gejala tambahan tahi telinga yang berlebihan ialah:

-Sakit telinga
-Kesukaran mendengar

2.Jangkitan telinga

Jangkitan telinga biasanya berlaku di bahagian tengah telinga anda. Ini boleh berpunca sama ada dari bakteria atau virus.  Jangkitan telinga boleh menyebabkan saluran tersumbat dan telinga anda mungkin boleh berbau busuk. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak yang mengalami jangkitan telinga mungkin mempunyai tanda dan gejala ini juga:

-Sakit telinga
-Susah tidur dan mendengar
-Mood tak stabil

3. Ada objek dalam telinga

Ada kemungkinan untuk kanak-kanak dan orang dewasa mempunyai benda asing yang tersangkut di dalam telinga mereka. Kanak-kanak kadangkala meletakkan objek seperti manik, mainan kecil dan makanan ke dalam telinga kerana rasa ingin tahu. Bukan sahaja objek, serangga juga boleh masuk dan ‘tinggal’ di dalam telinga tau!

4.Air dalam telinga

Disebabkan oleh air yang tertinggal di telinga khususnya selepas berenang, kelembapan telinga pada bahagian luar yang mengakibatkan jangkitan. Telinga anda mungkin berasa seperti masih dalam air, dan jangkitan boleh menyebabkan kotoran telinga berbau. Tanda untuk tahu telinga berair adalah:

Gatal-gatal di saluran telinga
-Kemerahan di dalam kawasan telinga
-Susah untuk mendengar dengan jelas
-Demam

5.Kolesteatoma

Kolesteatoma adalah ketumbuhan kulit yang biasanya juga dikenali sebagai cysts. Benda ini berkembang di belakang gegendang telinga dan di bahagian tengah telinga. Ketumbuhan kulit ini bukanlah kanser tapi boleh membawa kepada tanda masalah jangkitan yang serius tau.

-Rasa tekanan di telinga
-Sakit di dalam atau di belakang telinga
-Hilang pendengaran
-Penurunan fungsi otot muka

*Jadi, jangan disangkakan bau yang datang itu dari orang lain ya kerana bau busuk itu datang dari telinga anda sendiri. Kena jumpa pakar untuk cuci!

telinga bau busuk

Baca juga: Rasa Macam Nak Mati Bila Di Tempat Sempit, Rupanya Claustrophobia Sejenis Penyakit Mental

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×