Cantik

Tips Kempiskan Perut Buncit Ibu Lepas Bersalin, Buat Jamu Ekspres Guna 4 Bahan Dapur Ini

5
SHARES
kempiskan perut

Buat semua wanita khususnya, mempunyai perut yang nipis dan tidak buncit merupakan idaman bukan? Mana tidaknya, bila perut tidak buncit, barulah kelihatan cantik nak pakai apa sahaja jenis baju kerana tidak terlampau ‘menonjol’ di bahagian perut. Bukan itu sahaja, ibu yang lepas bersalin secara caesarean atau normal pun pasti tengah cari cara untuk kempiskan perut.

Mudah sahaja kerana anda boleh gunakan bahan-bahan dapur untuk dibuat jamu sebagai cara tradisional mengempiskan perut. Orang kata, tak perlu habiskan beribu-ribu ringgit  kerana cara tradisional ini lebih menjadi dan kekal!

Baca juga: Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!

TIPS KEMPISKAN PERUT IBU BERSALIN, UNTUK PERUT BUNCIT PUN BOLEH!

kempiskan perut

Tips untuk kempiskan perut bagi ibu yang bersalin caesar mahupun normal. Untuk yang perut buncit pun boleh.

Bahan-bahan:

1.Halba
2.Lada hitam
3.Bawang putih
4.Halia

Cara-caranya:

1.Ambil 3 sudu besar halba, cuci dan selawat kemudian toskan air.

2.Ambil satu sudu kecil (lebih kurang 15 biji), cuci dan toskan air.

3.Ambil 3 ulas bawang putih, kupas dan cuci.

4.Ambil 3cm (lebih kurang besar ibu jari). Hiris supaya senang nak tumbuk.

5.Tumbuk semua bahan yang telah dibasuh tadi dan toskan air. Kalau nak guna blender kering pun boleh.

6.Kemudian gentel bulat-bulat ikut tekak masing-masing.

7.Keringkan dalam 30 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.

8.Makan dalam 2-4 biji sehari pada waktu pagi dan petang.

kempiskan perut

*Ala-ala ladoo dalam filem Bollywood bukan? Selamat mencuba dan selamat berjaya kempiskan perut!

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

Sumber: Petua Cantik dan Sihat via Nana Farhanna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×